Thursday, January 24, 2013

Meneliti Undang-undang Kedah dan Silsilah Raja2 Aceh. III


Bismillah

Kita mulakan dengan meneliti 4 halaman terakhir SRA untuk melihat beberapa peristiwa yang terjadi di Aceh dari awal kurun ke-18 hingga Raja mereka yang terakhir dibuang ke Ambon oleh Belanda pada 1903 M.

Rajah 1; SRA halaman 51
Peristiwa 1, semasa Sultan Aceh ke-35, terdapat dua sultan lain yang tidak diiktiraf dalam SRA tetapi diterima secara rasmi sebagai Sultan ke-26 dan ke-27;
1.      Sultan Badruddin (1764-1765 M)
2.      Sultan Sulaiman Syah (Raja Udah Nalila) (1773)

Peristiwa 2, Sultan Hoesain Alaiddin Jauharul’Alam Syah sebagai Sultan yang ke-37 dikatakan bersifat agak kebaratan menyebabkan ramai pembesar tidak senang dengan baginda. Kerajaan Aceh pula ketika itu semakin lemah dan menurun. Semasa baginda ke Aceh Selatan, Teuku Pakeh Pidie dengan persetujuan 3 panglima Sagi serta bantuan dari pemerintah British di Pulau Pinang, seorang sultan baru dinobatkan; Sultan Syarif Saiful’Alam Syah iaitu anak Said Abdullah ‘Aidid, seorang saudagar dari Pulau Pinang pada tahun 1230 H(1815 M). Sultan Saiful’Alam ialah menantu kepada Said Abu Bakar bin Husain Bilfagih (Tgk di Anjung).

Rakyat dan Ulama’ tidak mengakui kedaulatan sultan ini kerana Sultan Hoesein belum dimakzulkan (belum diturunkan dari takhta).
Rajah 2; SRA halaman 52
Sultan Jauharul’Alam mengetahui bahawa semua ini adalah disebabkan campurtangan pemerintahan British di Pulau Pinang dan Teuku Pakeh Pidie memihak semula kepada Sultan Jauharul’Alam. Selepas Traktat(Perjanjian) Aceh-Inggeris yang terjadi di Pidie pada 22hb April 1819 M (1233 H), Sultan Saiful’Alam terpaksa mengundur diri dari Aceh kerana pemerintah British tidak bersedia lagi memberi bantuan kepadanya. (Perhatikan; Kejadian ini berlaku sekitar 5 tahun sebelum British menjajah Malaysia sepenuhnya [1824-1819 M]. Mengapa British ‘tidak bersedia’ membantu Sultan yang mereka telah bantu selama sekitar 3 tahun ini? Pada pandangan saya, pemerintah British di Pulau Pinang sudahpun menggunakan masa ini sepenuhnya untuk menyelinap masuk dan meneliti khazanah Aceh serta memadamkan sejarah tertentu. Antaranya; Sejarah Aceh berkenaan Arakan, Kedah, Empayar Mughal dan Empayar Sur di India serta membuang tarikh-tarikh yang menyebabkan sejarah awal Pidie dan Daya menjadi kabur.  WAllahua’lam.) 

Peristiwa 3, Traktat London, 17hb Mac 1824 (perjanjian penukaran daerah jajahan pendudukan yang dibuat antara Belanda dan British) dianggap sebagai ‘lakon politik’ sahaja dalam SRA. Aceh tetap merdeka dan tidak diganggu gugat oleh Belanda. Kejadian ini berlaku semasa pemerintah Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah.

Peristiwa 4, Sultan Sulaiman Ali Alaiddin Iskandar Syah, Sultan ke-39 masih bawah umur ketika ditabalkan. Pemerintahan diserahkan kepada Tuanku Ibrahim yang seterusnya menjadi sultan ke-40.


Rajah 3; SRA halaman 53
Peristiwa 5, ketika pemerintahan Sultan Ibrahim, Belanda mula mencengkam Aceh. Semasa pemerintahan Sultan Alaiddin Mahmud Syah pula, penipuan Belanda semakin jelas. Aceh diserang Belanda pada 1 Safar 1290 H (1hb April 1873 M). Masjid Raya (Baitur-Rahman) berjaya dibakar 14 hari kemudian. Bagaimanapun, Jeneral Kohler dapat dibunuh keesokan harinya. Belanda gagal dan berundur (Satu kemusykilan; Apakah yang ada dalam Masjid Baitul Rahman hinggakan ia menjadi sasaran utama mereka? Mungkinkah ada Kitab-kitab tertentu yang ingin dimusnahkan? WAllahua’lam.)

Rajah 4; SRA halaman 54
Peristiwa 6, pada bulan Disember tahun yang sama, Belanda menyerang sekali lagi. Pada 24 hb Januari 1874, mereka dapat menawan Keraton Darud-Dunia. Sultan dan rakyat tetap melawan. (Ketika ini sudah tentu lebih banyak tulisan sejarah dikaji dan dipinda oleh penjajah Belanda di Aceh bersama penjajah British di Malaya dalam usaha mereka menyembunyikan berbagai sejarah besar. Antaranya mungkin memadamkan 10 nama Sultan Aceh yang pertama bagi menyamakan tarikh dengan kesultanan Melaka dan juga tentang penggunaan Dinar dan Dirham di Nusantara)
Peristiwa 7, Sultan terakhir, Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah, ditabalkan dalam suasana masih dalam peperangan menentang Belanda. Jihad sultan ini bersama rakyat Aceh berterusan selama 29 tahun. Akhirnya Belanda dapat menangkap baginda pada tahun 1903 M serta dibuang ke Ambon. Ulama’ dan rakyat Aceh terus berjuang dengan gerilanya hingga ke pemberontakan terakhir pada Januari 1942 apabila Belanda meninggalkan Aceh. Pada 12hb Mac 1942 M, tentera Jepun tiba di Aceh.


Antara yang menarik dalam SRA ialah ia menceritakan tentang Puteri Lindungan Bulan yang sangat jauh berbeza dengan cerita Puteri Lindungan Bulan di Kedah. Saya sertakan kedua-dua cerita di bawah;

Puteri Lindungan Bulan versi Aceh

Cerita ini bermula dari halaman 19 hingga 21 SRA. Radja Negeri Teumieng yang ke-7, Radja Muda Seudia: 753-800 H (1353-1398 M) telah berkahwin dengan anak seorang Mubaligh Islam, Tengku Ampun Tuan, yang menjadi Kadhi di Batu Karang (Teumieng). Puteri kepada Radja Muda Seudia inilah bergelar “Puteri Lindungan Bulan”.

Pada tahun 779 H (1377 M), utusan Majapahit yang berada di Pulau Kampey (Pulau Sampoe) telah ke Kota Masmani (ibunegeri Teumieng) meminta supaya Negeri Benua (Teumieng) tunduk kepada Majapahit dan Puteri Lindungan Bulan diberi sebagai ‘Kembang Emas’(persembahan) kepada Raja Majapahit; Prabu Rajasanagara Hayam Wuruk. Kerajaan Benua menolak permintaan tersebut.

Majapahit menyerang tiga bulan kemudian yang disambut dengan semangat jihad rakyat Negeri Benua serta bantuan dari askar-askar Perlak dan Samudra/Pase. Majapahit undur kembali ke Pulau Kampey.
Enam bulan kemudian, Majapahit membuat serangan mengejut terhadap Kota Masmani. Raja Muda Seudia, permaisuri dan warga istana sempat melarikan diri melalui pintu rahsia. Akan tetapi Puteri Lindungan Bulan tertangkap dan dibawa pulang. Pada hari itu juga berita sampai kepada Tengku Ampoon Tuan. Beliau serta panglima-panglimanya memburu dengan memotong jalan dan dapat merebut kembali Puteri Lindungan Bulan pada tempat yang dinamakan Bukit Selamat. Puteri Lindungan Bulan akhirnya dikahwinkan dengan Raja Muda Peuseunu.

Puteri Lindungan Bulan versi Kedah

Kisah ini dikatakan berlaku sekitar pertengahan kurun ke-16. Menurut cerita, Sultan Sulaiman Shah mempunyai seorang puteri yang berdarah putih bernama Puteri Zaleha. Kekanda Puteri ini ialah Puteri Mariam. Sultan Iskandar Muda Aceh menghantar rombongan untuk meminang puteri yang berdarah putih. Sebaliknya, Sultan Sulaiman telah mengahwinkannya dengan Puteri Mariam. Semasa Puteri Mariam dibawa pulang ke Aceh, beliau terluka akibat terkena kacip pinang dan terbongkarlah rahsia bahawa darahnya merah.

Sultan Iskandar Muda menyerang Kedah. Sultan Sulaiman Syah sempat membuat kubu di bawah istana untuk menyembunyikan Puteri Zaleha. Sultan Sulaiman Syah ditangkap serta para pembesar tewas dan dibawa pulang ke Aceh. Puteri Zaleha terselamat kerana walaupun bulan mengambang terang, pintu masuk kubunya itu menjadi gelap menyebabkan tentera Aceh gagal mencarinya. Sultan Sulaiman Shah dikatakan mangkat dalam tawanan di Aceh.

Perbandingan antara kedua-dua versi PLB
1.      PLB Aceh hanya mencatat gelaran tanpa nama; 1. PLB, 2. Raja Muda Seudia dan 3. Mubaligh Islam, Tengku Ampun Tuan. Nama penuh hanya pada Raja Majapahit. (Jelas ada nama-nama yang telah dipadam di sini)
2.      Masa yang jauh berbeza; PLB Aceh pada kurun ke-14 dan PLB Kedah pada kurun ke-16. (Walaupun ada kemungkinan terdapat dua orang PLB pada zaman yang berbeza, PLB Kedah yang menyebut tentang Aceh meyakinkan bahawa Puteri ini adalah Puteri yang sama kerana tidak ada cerita PLB di zaman Sultan Iskandar Muda, sultan Aceh ke-22 (1607-1636 M *Kurun ke-17) tetapi cerita ini adalah pada zaman Sultan Alaiddin Mansur Syah, sultan Aceh ke-5….pembohongan semakin ketara di sini.)
3.      PLB Kedah menceritakan tentang Aceh menyerang Kedah. Bagaimanapun, tidak terdapat cerita ini dalam SRA; malah apa yang berkenaan Kedah langsung tidak ada dalam SRA.
4.      Terdapat satu makam di daerah Kubang Pasu, Kedah yang dikatakan Makam Puteri Lindungan Bulan. (Andaikata cerita PLB dalam SRA adalah cerita sebenar, maka Makam itu adalah Makam Puteri Zaleha tetapi bukan Puteri Lindungan Bulan. WAllahua’lam)

Saya berpandangan cerita PLB Kedah direka hanya untuk menyamakan pendapat yang mengatakan seorang Sultan yang bernama Sultan Sulaiman mangkat di Aceh kerana makamnya tidak ada di Kedah. Disamping itu, mahu menghapuskan cerita PLB sebenar seperti PLB Aceh. Malangnya, PLB Aceh juga tidak terlepas dari tangan-tangan jahat yang menyebabkan nama sebenar watak-watak penting dipadamkan. WAllahua’lam.
Moga pendedahan tentang Puteri Lindungan Bulan ini membuka lebih banyak kajian dibuat oleh pengkaji sejarah Islam Nusantara.


Sekarang kita berbalik pula ke UUK untuk menyaksikan apakah undang-undang yang nampak seperti diamalkan di seluruh Nusantara malah mungkin di seluruh dunia ketika itu; 


Rajah 5; UUK halaman 82
Rajah 6; UUK halaman 53

Rajah 7; UUK halaman 77
Ya, undang-undang tersebut ialah Hukum Islam atau lebih terkenal di Malaysia sebagai Hukum Hudud. Selain itu, matawang Dinar dan Dirham yang dimulakan di Aceh juga digunakan di Nusantara ketika itu.*
*- dari buku Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka oleh Ahmad Jelani Halimi, DBP.

Rajah 8; UUK halaman 15

 Adat menyambut raja-raja adalah adil yang mana raja bukan Islam mahupun yang Islam disambut dengan sama. Antara Raja-raja yang dicatat dalam UUK ialah Raja Pattani, Raja Perak dan Raja Merdelang atau Singgora.


Rajah 9; UUK halaman 43
Pada tahun 1199 H (1784 M), satu permuafakatan telah dibuat untuk menggubal beberapa peraturan kerana selama 30 tahun, tiada peraturan baru diterima. Ini bermakna ada sesuatu yang besar telah berlaku bermula sekitar tahun 1954 M (1784-30).

Menurut SRA, sekitar 30 tahun itu, satu perebutan kuasa berlaku antara Sultan ke-34, Sultan Alaiddin Jauhan Syah dengan Sultan ke-30; Raja Jamalul’Alam Badrul-Munir (namanya tercatat dalam UUK) dari Pidie hingga terjadi peperangan yang berlanjutan. Semasa pemerintahan Sultan Alaiddin Mansur Syah pula, terjadi dua pemberontakan merebut kuasa. Pertama oleh Sultan Badruddin Johan Syah dan yang kedua oleh Raja Udah Nalila Sulaiman Syah.

Pada ruang masa tersebut, tidak perlulah kita lihat kepada Arakan kerana ketika itu Arakan sudahpun diperintah oleh Empayar Mrauk-U 3 yang bukan Islam sejak Portugis mengganggu ketenteraman mereka.

Tumpuan kita seterusnya ialah di utara India kerana Grand Trunk Sher Shah Suri berada di sana. Pertempuran antara aliran Sunnah dan Syiah semakin memuncak di sana ditambah pula dengan pecahan-pecahan lain seperti aliran Sunnah tetapi masih mengikut Pashtunwali (ajaran budaya Pashtun termasuk ajaran kitab Taurat Nabi Musa a.s. yang masih dipegang). Ringkasan peristiwa penting;
·        1752 M, Ahmad Shah Durrani, pemimpin Afghan, menawan Punjab, Kashmir dan Sind.
·         1754 M - Shuja-ud Daula Wizurai di Oudh telah membuat pakatan sulit dengan British yang membekalkan senjata kepadanya bagi penaklukan Rohilkhund. Ini mengakibatkan bertambahnya golongan Maratha (Hindu) dalam Dewan Mughal.
·         1756-57 – Mir Jafar (Syiah), ketua tentera bagi Wizurai Benggala(Bangladesh), Siraj-ud Daula (Sunnah), menumpaskannya dalam peperangan Plassey setelah berpakat dengan British. Menurut perjanjian mereka, British (East India Company), mendapat lebih dari £2 juta sterling daripada khazanah Murshidabad sebanyak £40 juta sterling itu. Mir Jafar menjadi Nawab selama tidak lebih 3 tahun apabila menantunya, Qasim, pula diangkat bagi memenuhi satu lagi pakatan sulit antara British dan Qasim.
Mir Jafar terkenal sebagai pengkhianat yang menyebabkan British berkuasa di utara India yang akhirnya menyebabkan tertumbangnya Empayar Mughal dan pemerintahan Islam di India.
·         1761 M – Ahmad Shah Durrani mengalahkan Maratha dalam peperangan Panipat ke-3. Mengangkat Shah Alam II sebagai Maharaja Mughal ke-19.
·         1770 M – ‘Rompakan sistematik’ di Benggala mengakibatkan kebuluran yang menyebabkan kematian seramai 10 juta orang. Rakyat yang hidup meneruskan kehidupan dalam penderitaan.*

Perhatikan; Terdapat Maharaja Mughal bergelar  Shah Alam II tetapi tidak ada Maharaja Mughal lain yang bergelar Shah Alam. Boleh lihat jadual Maharaja Mughal di sini; http://en.wikipedia.org/wiki/File:Mughal_Genealogical_Table.svg  
Mungkinkah ini Maulana Shah Alam dalam UUK yang dipadamkan segala sejarah mengenainya itu? Adakah Kota Palas di mana Maulana Shah Alam itu bersemayam adalah sebuah Kota bagi Dinasti Pala (750-1174 M) yang berasal dari Bangladesh dan Maulana Shah Alam adalah seorang Maharaja Dinasti Pala yang memeluk Islam? WAllahua’lam.
Boleh baca tentang ini di;  http://en.wikipedia.org/wiki/Pala_Empire
*- Berpandukan buku Muslim History, Akram Zahoor dan en.wikipedia.org

Rajah 10; Keadaan benua India pada 1758 M
Jelas dari peta Rajah 10 bahawa Grand Trunk Sher Shah Suri  dari Kabul ke Chittagong itu sudahpun berada di tangan kafir.
Apabila Raja-raja Nusantara menggunakan Hukum Islam, sudah tentu mereka menunggu persetujuan dari Khalifah Uthmaniah, ketika itu Sultan Ahmed III, untuk menggubal peraturan baru. Grand Trunk Sher Shah Suri sudah tentu digunakan bagi tujuan ini (ingat kembali; Sher Shah Suri membaiki sistem postal semasa pemerintahannya). Maka jelaslah di sini, penantian 30 tahun oleh Kerajaan Kedah itu ialah menanti utusan dari Chittagong (Kuala Changgong dalam HMM), Bangladesh. (Ini menyokong lagi pendapat saya bahawa Kota Palas itu bukan berada di Kedah atau Langkawi. Antara kemungkinan adalah negeri 'atas angin' lain atau di Changgung/Chittagong itu sendiri. WAllahua'lam)






Berbalik kepada cerita Hukum Islam itu, adakah penduduk Nusantara hidup dengan aman semasa menjalankan Hukum Allah SWT? Ikuti apa yang diceritakan oleh Oswalda Cabel, Kurator National Museum, Cawangan Sulu. Beliau adalah seorang Katolik.



Terjemahan pada minit 1:35; The hostility between Muslims and Christians that started in the crusade supposedly never ended. Spain brought it to the Philippines, when the entire country was still a Muslim territory.
Permusuhan antara penganut Islam dan penganut Kristian yang bermula pada masa peperangan salib, menurut jangkaannya, tidak berkesudahan. Sepanyol telah membawa permusuhan itu ke Filipina semasa seluruh negara itu pada masa tersebut di bawah naungan Islam.

Oswalda Cabel, Kurator National Museum, Cawangan Sulu berkata pada minit 1:43;
“About 200 years, more or less, before Magellan set foot here, they were happy people; the Philippinos….because the Philippines was an Islamic state as early as the 13th century. That is why we’ve got Raja Soliman, all these Raja-raja…these are Malaysian terms. The Philippines was an Islamic State. Now when Magellan came, in the manner that they came, oppressive, colonial, they disturb a happy people!”
“Lebih kurang 200 tahun sebelum Magellan menjejakkan kaki di Filipina, mereka adalah manusia yang hidup gembira, rakyat Filipina….kerana Filipina adalah sebuah Negara Islam seawal kurun ke 13. Itulah sebabnya kita mempunyai Raja Soliman, semua raja-raja…ini adalah istilah Malaysia. Filipina pernah menjadi sebuah Negara Islam. Apabila Magellan datang, cara mereka datang, penindasannya, penjajahannya, mereka telah mengganggu ketenteraman hidup manusia yang gembira ini!”
 
Terjemahan kemudiannya; According to Cabel, a Catholic, the spread of Christianity by the Spaniards effectively killed Islam in the Philippines. It was like a death sentence to our Muslim ancestors.
Menurut Cabel, yang beragama Kristian Katolik, perkembangan Kristian yang dilakukan oleh orang Sepanyol telah membunuh Islam di Filipina dengan berkesan sekali. Ia seperti hukuman mati kepada nenek moyang kita yang beragama Islam.

 Cabel berkata lagi “It was very, very clear; the instructions by the King of Spain to kill the Muslims and wipe them out.”
“Arahan yang diberi oleh Raja Sepanyol adalah sangat jelas iaitu bunuh orang Islam dan hapuskan mereka terus dari Filipina.”

Petikan dari Youtube bertajuk ‘The Phillipines forgotten history’ oleh Ahlussunnahmedia;
“The Phillipine Muslims have been fighting for their freedom for 490 years; the longest Jihad being fought
in the Muslim world.” – “Umat Islam di Filipina telah berperang selama 490 tahun; Jihad paling
lama dalam dunia Islam.”

Jelaslah di sini bahawa undang-undang Islam diterima dan diamalkan dengan baik di Nusantara suatu ketika dahulu. Penjajah Baratlah yang datang merosakkan segala keamanan di Nusantara ini.

Di bawah ini saya sertakan nama-nama Sultan bagi beberapa Negara dalam perbincangan kita hingga ke masa datangnya penjajah Barat.  Bagaimanapun masih banyak tarikh yang tidak begitu meyakinkan; hanya ditulis sebagai panduan.

Moga apa yang saya paparkan ini memberi manafaat kepada semua terutama pengkaji-pengkaji Islam Nusantara kerana masih banyak kajian perlu dibuat. Moga anda bersatu-padu, tidak kira di negara manapun anda berada, agar kerja-kerja dakwah dapat dipertingkatkan lagi. InsyaAllah.


Kepada sesiapa yang mengetahui akan cerita sebenar tentang apa-apa yang dipaparkan di pos ini,
sila ceritakan hal sebenar di ruangan komen. Kerjasama anda amat dialu-alukan demi mencari kebenaran.

         Raja Mrauk-u, 
         Arakan Bebas
       (Termasuk Chittagong)
            Sultan
               Kedah
              Sultan
               Aceh
             Sultan
           Melaka
        Kerajaan Namayan & Tondo, Luzon, Filipina
        Mong Saw Mon/ Narameikhla/ Solaiman Shah
       (1430-1434)
       S. Sulaiman Shah I
       (1373-1422)
        S. Alaiddin Mansur Syah
        (1354-1408)
        Parameswara (Raja Iskandar Shah) [dari SRA; kurun 13]
        (1400?-1414?)
         Lakan Gambang
         (1390?-1417?)
        Mong Khari/ Naranu Ali Khan
        (1434-1459)
       S. Ataullah Muhammad Shah
       (1422-1472)
        S. Mahmud II Alaiddin Djauhan Syah
        (1408-1465)                 
                                       Sultan Pidie
        S. Megat Iskandar Shah
        (1414?-1424?)
        Lakan Suko (Langkasuka?)
        (1417?-1430?)
        Ba Saw Pru/ Kalima Shah
        (1459-1482)
       S. Muhammad
       Jiwa Zainal Adilin I
       (1472-1506)
       S. Hussain Syah
       (1465-1480)
       Mhrja. Sulaiman Noer

        S. Muhammad Shah
        (1424?-1444?)
        Lakan Lontok
        (1430?-1450?)
        Mong Dawlya/ Maha   Mawkhu Shah
        (1482-1492)
       S. Mahmud Shah II
       (1506-1546)
       S. Alaiddin
       ‘Inayah Syah
       (1480-1490)
       M. Sjamsu Syah
       (menjadi Sultan Aceh)


        S. Abu Syahid 
        (1444?-1446?)
         Dayang Kaylangitan
       -Permaisuri Namayan &  Tondo
        (1450?-1515?)
        Ba Saw Nyo/ Mohammad  Shah
        (1492-1493)
       - Diteruskan hingga kini.
       S. A. Mudhaffar
       Syah
       (1490-1497)
       M. Malik
       Ma’roef  Syah
       (? – 1511)


        S. Muzaffar Shah
        (1446?-1456?)
        Rajah Salalila/Rajah Sulayman I                          - Raja Namayan & Maynila
        (1515?-1558?)
        Mong Ran Aung/ Noori Shah
        (1493-1494)
  
        S. A. Sjamsu Syah
       (1497-1511)

       S. Mansur Shah
        (1456-1477)
       Rajah Matanda/Rajah Sulayman II/ Raja Ache    – R. Namayan & Maynila
        (1558?-1571)
       Salingathu/ Sheikh Abdullah Shah
        (1494-1501)

       - Diteruskan hingga Sultan dibuang ke Ambon oleh Belanda pada tahun 1903.
       S. Alauddin Riayat Shah
        (1477-1488)
       Banaw Lakandula              - Raja Tondo & Sabag
       (1558?-1571)
       Mong Raza/ Ilias Shah
       (1501-1513)


      S. Mahmud Shah
        (1488-1511)
       -Kedatangan  Portugis
        Rajah Sulayman III                - Raja Tondo                           (1571-1585)
      -Diteruskan hingga Mrauk-U diperintah Raja  Buddha. Chittagong sudahpun berada di Bangladesh.



        Magat Salamat                      (1575-1587)
        -Kedatangan Sepanyol