Wednesday, April 27, 2011

Mengapa Hikayat Merong Mahawangsa asal perlu didedahkan

Bismillah
Saya menampilkan di sini Hikayat Merong Mahawangsa asal kerana;

1. Ia sukar ditemui kerana pada zaman dahulu, ada pihak yang telah cuba memusnahkan kesemuanya. Buku ini ialah cetakan pertama DBP iaitu pada tahun 1968. Pihak DBP telah meminjam HMM yang dicetak dalam tulisan jawi dari Muzium Kedah. Ia disalin semula ke tulisan rumi oleh En. Muhammad Yusof bin Nuruddin. Beliau menyalinnya dari sebuah naskah lain tetapi beliau tidak menyebut tentang asal-usul naskah yang lebih tua itu. (Setelah membuat kajian selama dua tahun, saya dapati banyak fakta diselewengkan dalam naskah HMM ini juga. Ia bukanlah yang asli. Bagaimanapun, ia boleh dijadikan panduan untuk umat Islam menelitinya dengan mata hati.)

2. Ia diterima sebagai buku sejarah(dalam tulisan jawi), bukan buku Sastera sejak penubuhan sekolah di Malaysia.

3. Filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' oleh KRU tidak menonjolkan tujuan asal penceritaannya iaitu untuk memberitahu 'anak cucu' tentang kehidupan orang Kedah sebelum Islam sehingga mereka memeluk Islam.

4. Selepas pendahuluan, cerita dimulakan dengan cerita Garuda dan Nabi Allah Sulaiman. Ini menunjukkan betapa pentingnya cerita tersebut kepada orang Kedah dan mungkin juga menjadi sebab utama mereka dengan mudah menerima dan menganut agama Islam. Dengan ini, saya tak menganggap cerita ini sebagai khayalan atau mitos seperti yang diterima oleh para sasterawan dan sejarahwan.

5. Al-Quran ada menceritakan tentang Nabi Sulaiman a.s.[King SolomonSolomon (Hebrew: שְׁלֹמֹה, Modern Shlomoh Tiberian Šəlōmōh ISO 259-3 Šlomo; Arabic: سليمان Sulaymān; Greek: Σολομών Solomōn)]   yang boleh bertutur dengan binatang dan Jin. Ini tidak bertentangan dengan cerita Nabi Allah Sulaiman yang disebut dalam cerita asal Hikayat Merong Mahawangsa.  

6. Nabi Sulaiman a.s. ialah anak kepada Nabi Dawud a.s.[King DavidDavid (Hebrewדָּוִד, דָּוִידModern David Tiberian DāwîḏISO 259-3 DawidStrong's Daveed; beloved; Arabic داود,   (Dāwūd)) ] yang dianugerahkan oleh Allah kepandaian tentang penggunaan besi;
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya; Ayat 80
"Dan Kami ajarkan (pula) kepada Dawud cara membuat baju besi untukmu, guna melindungi kamu dalam peperanganmu. Apakah kamu bersyukur (kepada Allah)?"

Kebelakangan ini terdapat satu kajian dijalankan oleh para arkeologis USM di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Apa yang menarik ialah mereka telah mendedahkan tapak-tapak peleburan besi. Lihat;

Jongkong besi hasil dari tapak peleburan itu dikatakan diekspot. Mungkinkah pengimpot besi ini keturunan Nabi Sulaiman a.s. atau mereka yang telah mempelajari teknologi ini daripada Nabi Sulaiman a.s.?
Selain itu, terdapat juga bukti bahwa air laut telah surut sama seperti yang diceritakan di dalam Hikayat ini iaitu Pulau Seri menjadi Gunung Jerai.

7. Pengkaji Kitab dan pengkaji berbagai agama rata-rata menerima Nabi Sulaiman a.s. hidup pada  abad ke-10 sebelum masihi(SM). Dalam Atlas Al-Qur'an oleh Dr. Syauqi Abu Khalil, beliau menulis Nabi Sulaiman a.s. wafat pada tahun 923 SM.
Tamadun Cina dikatakan wujud lebih awal lagi dan dimulakan dengan Dinasti Xia(2100-1600 SM). Kemudian Dinasti Shang (1700-1046 SM). Pada abad ke 10 SM iaitu pada zaman Nabi Sulaiman a.s., China berada di bawah Dinasti Zhou (1046-256 SM).



Memandangkan Dinasti ini jauh di Timur, maka amat perlulah 'Anak Raja Rum' melayari susur pantai di Nusantara untuk ke sana.
Tamadun Rom pula pada ketika itu baru bermula.
Dari Wikipedia; 'Ancient Rome was a civilization that grew out of a small agricultural community founded on the Italian Peninsula as early as the 10th century BC.'
Ini menunjukkan penceritaan Hikayat Merong Mahawangsa asal tidak bercanggah dengan sejarah peradaban dunia. Apa yang disebut sebagai Rom dlm HMM mungkin juga Yunani. Ada berpendapat pada zaman dahulu Yunani digelar 'Rom'.

8. Legenda Burung besar juga terdapat di Negara China. Ia digelar Peng atau Great Peng. Great Peng ini dikatakan 'Fly to Southern Darkness'. Ada juga yang menamakan Phoenix, Rukh(Arab), Roc, Simurgh, Amrzs, Sinmertt (Parsi), Thunderbird(Native America), Garuda (India, Indonesia), Khrut (Thai, Lao,Khmer), Karutan (Tamil), Karura (Jepun), Te Ho Kioi (Legenda Maori).
Dari segi arkeologi, sejenis burung besar dinamakan Haast's Eagle di New Zealand didapati pupus pada abad ke 15M.

9. Tamadun Sungai Batu yang mempunyai pentarikhan mutlak pada abad 1 Masihi jauh lebih tua berbanding Filem HMM yang menyatakan kejadian sekitar abad 16 Masihi(400 thn dulu) iaitu 1500 tahun lebih muda. Berdasarkan bukti Geologi bahwa air laut pernah surut dalam jangkamasa 5000 tahun, tidak mustahil Langkasuka wujud 3000 tahun dahulu memandangkan Tamadun Sungai Batu wujud 2000 tahun dahulu.
1 "CLUE" penting berada dalam Bab 4, ms 18 yang berbunyi "Bahawa pulau yang besar itu baharu hendak bersatu dengan daratan itu bernama Pulau Seri (sekarang G. Jerai) dan suatu pulau kechil itu bernama pulau Jambul dan ke daratan sedikit bernama Pulau Lada."

10. Hikayat ini dimulakan dengan 'Bismillah' (Bab 1). Bab 1 juga diakhiri dengan ayat; "Maka barangsiapa membacanya janganlah dibicarakan lagi, terlalu amat sempurna bicaranya, kerana hikayat ini tahulah kami akan perkataan kerana sabda Nabi SAW, "Tafakkaru fi zatulahi", yakni bicarakan olehmu pada segala kebesaran Allah, jangan kamu fikirkan pada zat Allah."

Bab 5, ms 29-30 menyatakan dengan jelas pengajaran yang diberikan oleh Nabi Sulaiman a.s. kepada semua dengan kisah Garuda sebagai teladan iaitu jodoh antara Anak Raja Rom dengan Puteri China adalah ketentuan Allah, bukan boleh diubah oleh Garuda.
Ia dinyatakan seperti berikut;
Ada 4 perkara ditentukan oleh Allah iaitu;
1. Sedikit atau banyak rezeki.
2. Ajal atau putus rezeki.
3. Jodoh pertemuan (yang ingin diubah oleh Garuda)
4. Perceraian.

Hikayat ini diakhiri dengan Bab 14 yang bertajuk 'Raja dan rakyat memeluk agama Islam'.
Maka mesej yang ingin disampaikan oleh Sultan Muadzam Shah(anak sulung Sultan Mudzafal Shah-Sultan pertama memeluk Islam) sangat jelas; Bahwa Baginda sedar ajaran Nabi Sulaiman a.s.(termasuk cerita tentang Nabi Sulaiman a.s. boleh bercakap dengan binatang dan Jin) sama dengan ajaran Nabi Muhammad SAW tentang Nabi Sulaiman a.s. kerana kejadian ini diceritakan oleh nenek moyang Baginda turun temurun.
Dengan kata lain, ini adalah sebab utama ayahanda Baginda(Sultan Mudzafal Shah) memeluk agama Islam!...Allahu Akbar!

Maka bukti-bukti arkeologi dan geologi serta maklumat-maklumat lain ini mengukuhkan lagi anggapan saya bahwa cerita daripada keturunan Kesultanan Negeri Kedah ini bukanlah khayalan atau mitos.
Akhir kata, saya benarkan blog ini dikongsi bersama secara pautan dan lain-lain kerana ilmu mesti dikongsi bersama.
Moga kebenaran akan terbukti jua. InsyaAllah.
Selamat membaca.

Pos seterusnya;
http://hmm-asal.blogspot.com/2011/05/peneliti-peneliti-hikayat-merong.html