Thursday, January 24, 2013

Meneliti Undang-undang Kedah dan Silsilah Raja2 Aceh. III


Bismillah

Kita mulakan dengan meneliti 4 halaman terakhir SRA untuk melihat beberapa peristiwa yang terjadi di Aceh dari awal kurun ke-18 hingga Raja mereka yang terakhir dibuang ke Ambon oleh Belanda pada 1903 M.

Rajah 1; SRA halaman 51
Peristiwa 1, semasa Sultan Aceh ke-35, terdapat dua sultan lain yang tidak diiktiraf dalam SRA tetapi diterima secara rasmi sebagai Sultan ke-26 dan ke-27;
1.      Sultan Badruddin (1764-1765 M)
2.      Sultan Sulaiman Syah (Raja Udah Nalila) (1773)

Peristiwa 2, Sultan Hoesain Alaiddin Jauharul’Alam Syah sebagai Sultan yang ke-37 dikatakan bersifat agak kebaratan menyebabkan ramai pembesar tidak senang dengan baginda. Kerajaan Aceh pula ketika itu semakin lemah dan menurun. Semasa baginda ke Aceh Selatan, Teuku Pakeh Pidie dengan persetujuan 3 panglima Sagi serta bantuan dari pemerintah British di Pulau Pinang, seorang sultan baru dinobatkan; Sultan Syarif Saiful’Alam Syah iaitu anak Said Abdullah ‘Aidid, seorang saudagar dari Pulau Pinang pada tahun 1230 H(1815 M). Sultan Saiful’Alam ialah menantu kepada Said Abu Bakar bin Husain Bilfagih (Tgk di Anjung).

Rakyat dan Ulama’ tidak mengakui kedaulatan sultan ini kerana Sultan Hoesein belum dimakzulkan (belum diturunkan dari takhta).
Rajah 2; SRA halaman 52
Sultan Jauharul’Alam mengetahui bahawa semua ini adalah disebabkan campurtangan pemerintahan British di Pulau Pinang dan Teuku Pakeh Pidie memihak semula kepada Sultan Jauharul’Alam. Selepas Traktat(Perjanjian) Aceh-Inggeris yang terjadi di Pidie pada 22hb April 1819 M (1233 H), Sultan Saiful’Alam terpaksa mengundur diri dari Aceh kerana pemerintah British tidak bersedia lagi memberi bantuan kepadanya. (Perhatikan; Kejadian ini berlaku sekitar 5 tahun sebelum British menjajah Malaysia sepenuhnya [1824-1819 M]. Mengapa British ‘tidak bersedia’ membantu Sultan yang mereka telah bantu selama sekitar 3 tahun ini? Pada pandangan saya, pemerintah British di Pulau Pinang sudahpun menggunakan masa ini sepenuhnya untuk menyelinap masuk dan meneliti khazanah Aceh serta memadamkan sejarah tertentu. Antaranya; Sejarah Aceh berkenaan Arakan, Kedah, Empayar Mughal dan Empayar Sur di India serta membuang tarikh-tarikh yang menyebabkan sejarah awal Pidie dan Daya menjadi kabur.  WAllahua’lam.) 

Peristiwa 3, Traktat London, 17hb Mac 1824 (perjanjian penukaran daerah jajahan pendudukan yang dibuat antara Belanda dan British) dianggap sebagai ‘lakon politik’ sahaja dalam SRA. Aceh tetap merdeka dan tidak diganggu gugat oleh Belanda. Kejadian ini berlaku semasa pemerintah Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah.

Peristiwa 4, Sultan Sulaiman Ali Alaiddin Iskandar Syah, Sultan ke-39 masih bawah umur ketika ditabalkan. Pemerintahan diserahkan kepada Tuanku Ibrahim yang seterusnya menjadi sultan ke-40.


Rajah 3; SRA halaman 53
Peristiwa 5, ketika pemerintahan Sultan Ibrahim, Belanda mula mencengkam Aceh. Semasa pemerintahan Sultan Alaiddin Mahmud Syah pula, penipuan Belanda semakin jelas. Aceh diserang Belanda pada 1 Safar 1290 H (1hb April 1873 M). Masjid Raya (Baitur-Rahman) berjaya dibakar 14 hari kemudian. Bagaimanapun, Jeneral Kohler dapat dibunuh keesokan harinya. Belanda gagal dan berundur (Satu kemusykilan; Apakah yang ada dalam Masjid Baitul Rahman hinggakan ia menjadi sasaran utama mereka? Mungkinkah ada Kitab-kitab tertentu yang ingin dimusnahkan? WAllahua’lam.)

Rajah 4; SRA halaman 54
Peristiwa 6, pada bulan Disember tahun yang sama, Belanda menyerang sekali lagi. Pada 24 hb Januari 1874, mereka dapat menawan Keraton Darud-Dunia. Sultan dan rakyat tetap melawan. (Ketika ini sudah tentu lebih banyak tulisan sejarah dikaji dan dipinda oleh penjajah Belanda di Aceh bersama penjajah British di Malaya dalam usaha mereka menyembunyikan berbagai sejarah besar. Antaranya mungkin memadamkan 10 nama Sultan Aceh yang pertama bagi menyamakan tarikh dengan kesultanan Melaka dan juga tentang penggunaan Dinar dan Dirham di Nusantara)
Peristiwa 7, Sultan terakhir, Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah, ditabalkan dalam suasana masih dalam peperangan menentang Belanda. Jihad sultan ini bersama rakyat Aceh berterusan selama 29 tahun. Akhirnya Belanda dapat menangkap baginda pada tahun 1903 M serta dibuang ke Ambon. Ulama’ dan rakyat Aceh terus berjuang dengan gerilanya hingga ke pemberontakan terakhir pada Januari 1942 apabila Belanda meninggalkan Aceh. Pada 12hb Mac 1942 M, tentera Jepun tiba di Aceh.


Antara yang menarik dalam SRA ialah ia menceritakan tentang Puteri Lindungan Bulan yang sangat jauh berbeza dengan cerita Puteri Lindungan Bulan di Kedah. Saya sertakan kedua-dua cerita di bawah;

Puteri Lindungan Bulan versi Aceh

Cerita ini bermula dari halaman 19 hingga 21 SRA. Radja Negeri Teumieng yang ke-7, Radja Muda Seudia: 753-800 H (1353-1398 M) telah berkahwin dengan anak seorang Mubaligh Islam, Tengku Ampun Tuan, yang menjadi Kadhi di Batu Karang (Teumieng). Puteri kepada Radja Muda Seudia inilah bergelar “Puteri Lindungan Bulan”.

Pada tahun 779 H (1377 M), utusan Majapahit yang berada di Pulau Kampey (Pulau Sampoe) telah ke Kota Masmani (ibunegeri Teumieng) meminta supaya Negeri Benua (Teumieng) tunduk kepada Majapahit dan Puteri Lindungan Bulan diberi sebagai ‘Kembang Emas’(persembahan) kepada Raja Majapahit; Prabu Rajasanagara Hayam Wuruk. Kerajaan Benua menolak permintaan tersebut.

Majapahit menyerang tiga bulan kemudian yang disambut dengan semangat jihad rakyat Negeri Benua serta bantuan dari askar-askar Perlak dan Samudra/Pase. Majapahit undur kembali ke Pulau Kampey.
Enam bulan kemudian, Majapahit membuat serangan mengejut terhadap Kota Masmani. Raja Muda Seudia, permaisuri dan warga istana sempat melarikan diri melalui pintu rahsia. Akan tetapi Puteri Lindungan Bulan tertangkap dan dibawa pulang. Pada hari itu juga berita sampai kepada Tengku Ampoon Tuan. Beliau serta panglima-panglimanya memburu dengan memotong jalan dan dapat merebut kembali Puteri Lindungan Bulan pada tempat yang dinamakan Bukit Selamat. Puteri Lindungan Bulan akhirnya dikahwinkan dengan Raja Muda Peuseunu.

Puteri Lindungan Bulan versi Kedah

Kisah ini dikatakan berlaku sekitar pertengahan kurun ke-16. Menurut cerita, Sultan Sulaiman Shah mempunyai seorang puteri yang berdarah putih bernama Puteri Zaleha. Kekanda Puteri ini ialah Puteri Mariam. Sultan Iskandar Muda Aceh menghantar rombongan untuk meminang puteri yang berdarah putih. Sebaliknya, Sultan Sulaiman telah mengahwinkannya dengan Puteri Mariam. Semasa Puteri Mariam dibawa pulang ke Aceh, beliau terluka akibat terkena kacip pinang dan terbongkarlah rahsia bahawa darahnya merah.

Sultan Iskandar Muda menyerang Kedah. Sultan Sulaiman Syah sempat membuat kubu di bawah istana untuk menyembunyikan Puteri Zaleha. Sultan Sulaiman Syah ditangkap serta para pembesar tewas dan dibawa pulang ke Aceh. Puteri Zaleha terselamat kerana walaupun bulan mengambang terang, pintu masuk kubunya itu menjadi gelap menyebabkan tentera Aceh gagal mencarinya. Sultan Sulaiman Shah dikatakan mangkat dalam tawanan di Aceh.

Perbandingan antara kedua-dua versi PLB
1.      PLB Aceh hanya mencatat gelaran tanpa nama; 1. PLB, 2. Raja Muda Seudia dan 3. Mubaligh Islam, Tengku Ampun Tuan. Nama penuh hanya pada Raja Majapahit. (Jelas ada nama-nama yang telah dipadam di sini)
2.      Masa yang jauh berbeza; PLB Aceh pada kurun ke-14 dan PLB Kedah pada kurun ke-16. (Walaupun ada kemungkinan terdapat dua orang PLB pada zaman yang berbeza, PLB Kedah yang menyebut tentang Aceh meyakinkan bahawa Puteri ini adalah Puteri yang sama kerana tidak ada cerita PLB di zaman Sultan Iskandar Muda, sultan Aceh ke-22 (1607-1636 M *Kurun ke-17) tetapi cerita ini adalah pada zaman Sultan Alaiddin Mansur Syah, sultan Aceh ke-5….pembohongan semakin ketara di sini.)
3.      PLB Kedah menceritakan tentang Aceh menyerang Kedah. Bagaimanapun, tidak terdapat cerita ini dalam SRA; malah apa yang berkenaan Kedah langsung tidak ada dalam SRA.
4.      Terdapat satu makam di daerah Kubang Pasu, Kedah yang dikatakan Makam Puteri Lindungan Bulan. (Andaikata cerita PLB dalam SRA adalah cerita sebenar, maka Makam itu adalah Makam Puteri Zaleha tetapi bukan Puteri Lindungan Bulan. WAllahua’lam)

Saya berpandangan cerita PLB Kedah direka hanya untuk menyamakan pendapat yang mengatakan seorang Sultan yang bernama Sultan Sulaiman mangkat di Aceh kerana makamnya tidak ada di Kedah. Disamping itu, mahu menghapuskan cerita PLB sebenar seperti PLB Aceh. Malangnya, PLB Aceh juga tidak terlepas dari tangan-tangan jahat yang menyebabkan nama sebenar watak-watak penting dipadamkan. WAllahua’lam.
Moga pendedahan tentang Puteri Lindungan Bulan ini membuka lebih banyak kajian dibuat oleh pengkaji sejarah Islam Nusantara.


Sekarang kita berbalik pula ke UUK untuk menyaksikan apakah undang-undang yang nampak seperti diamalkan di seluruh Nusantara malah mungkin di seluruh dunia ketika itu; 


Rajah 5; UUK halaman 82
Rajah 6; UUK halaman 53

Rajah 7; UUK halaman 77
Ya, undang-undang tersebut ialah Hukum Islam atau lebih terkenal di Malaysia sebagai Hukum Hudud. Selain itu, matawang Dinar dan Dirham yang dimulakan di Aceh juga digunakan di Nusantara ketika itu.*
*- dari buku Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka oleh Ahmad Jelani Halimi, DBP.

Rajah 8; UUK halaman 15

 Adat menyambut raja-raja adalah adil yang mana raja bukan Islam mahupun yang Islam disambut dengan sama. Antara Raja-raja yang dicatat dalam UUK ialah Raja Pattani, Raja Perak dan Raja Merdelang atau Singgora.


Rajah 9; UUK halaman 43
Pada tahun 1199 H (1784 M), satu permuafakatan telah dibuat untuk menggubal beberapa peraturan kerana selama 30 tahun, tiada peraturan baru diterima. Ini bermakna ada sesuatu yang besar telah berlaku bermula sekitar tahun 1954 M (1784-30).

Menurut SRA, sekitar 30 tahun itu, satu perebutan kuasa berlaku antara Sultan ke-34, Sultan Alaiddin Jauhan Syah dengan Sultan ke-30; Raja Jamalul’Alam Badrul-Munir (namanya tercatat dalam UUK) dari Pidie hingga terjadi peperangan yang berlanjutan. Semasa pemerintahan Sultan Alaiddin Mansur Syah pula, terjadi dua pemberontakan merebut kuasa. Pertama oleh Sultan Badruddin Johan Syah dan yang kedua oleh Raja Udah Nalila Sulaiman Syah.

Pada ruang masa tersebut, tidak perlulah kita lihat kepada Arakan kerana ketika itu Arakan sudahpun diperintah oleh Empayar Mrauk-U 3 yang bukan Islam sejak Portugis mengganggu ketenteraman mereka.

Tumpuan kita seterusnya ialah di utara India kerana Grand Trunk Sher Shah Suri berada di sana. Pertempuran antara aliran Sunnah dan Syiah semakin memuncak di sana ditambah pula dengan pecahan-pecahan lain seperti aliran Sunnah tetapi masih mengikut Pashtunwali (ajaran budaya Pashtun termasuk ajaran kitab Taurat Nabi Musa a.s. yang masih dipegang). Ringkasan peristiwa penting;
·        1752 M, Ahmad Shah Durrani, pemimpin Afghan, menawan Punjab, Kashmir dan Sind.
·         1754 M - Shuja-ud Daula Wizurai di Oudh telah membuat pakatan sulit dengan British yang membekalkan senjata kepadanya bagi penaklukan Rohilkhund. Ini mengakibatkan bertambahnya golongan Maratha (Hindu) dalam Dewan Mughal.
·         1756-57 – Mir Jafar (Syiah), ketua tentera bagi Wizurai Benggala(Bangladesh), Siraj-ud Daula (Sunnah), menumpaskannya dalam peperangan Plassey setelah berpakat dengan British. Menurut perjanjian mereka, British (East India Company), mendapat lebih dari £2 juta sterling daripada khazanah Murshidabad sebanyak £40 juta sterling itu. Mir Jafar menjadi Nawab selama tidak lebih 3 tahun apabila menantunya, Qasim, pula diangkat bagi memenuhi satu lagi pakatan sulit antara British dan Qasim.
Mir Jafar terkenal sebagai pengkhianat yang menyebabkan British berkuasa di utara India yang akhirnya menyebabkan tertumbangnya Empayar Mughal dan pemerintahan Islam di India.
·         1761 M – Ahmad Shah Durrani mengalahkan Maratha dalam peperangan Panipat ke-3. Mengangkat Shah Alam II sebagai Maharaja Mughal ke-19.
·         1770 M – ‘Rompakan sistematik’ di Benggala mengakibatkan kebuluran yang menyebabkan kematian seramai 10 juta orang. Rakyat yang hidup meneruskan kehidupan dalam penderitaan.*

Perhatikan; Terdapat Maharaja Mughal bergelar  Shah Alam II tetapi tidak ada Maharaja Mughal lain yang bergelar Shah Alam. Boleh lihat jadual Maharaja Mughal di sini; http://en.wikipedia.org/wiki/File:Mughal_Genealogical_Table.svg  
Mungkinkah ini Maulana Shah Alam dalam UUK yang dipadamkan segala sejarah mengenainya itu? Adakah Kota Palas di mana Maulana Shah Alam itu bersemayam adalah sebuah Kota bagi Dinasti Pala (750-1174 M) yang berasal dari Bangladesh dan Maulana Shah Alam adalah seorang Maharaja Dinasti Pala yang memeluk Islam? WAllahua’lam.
Boleh baca tentang ini di;  http://en.wikipedia.org/wiki/Pala_Empire
*- Berpandukan buku Muslim History, Akram Zahoor dan en.wikipedia.org

Rajah 10; Keadaan benua India pada 1758 M
Jelas dari peta Rajah 10 bahawa Grand Trunk Sher Shah Suri  dari Kabul ke Chittagong itu sudahpun berada di tangan kafir.
Apabila Raja-raja Nusantara menggunakan Hukum Islam, sudah tentu mereka menunggu persetujuan dari Khalifah Uthmaniah, ketika itu Sultan Ahmed III, untuk menggubal peraturan baru. Grand Trunk Sher Shah Suri sudah tentu digunakan bagi tujuan ini (ingat kembali; Sher Shah Suri membaiki sistem postal semasa pemerintahannya). Maka jelaslah di sini, penantian 30 tahun oleh Kerajaan Kedah itu ialah menanti utusan dari Chittagong (Kuala Changgong dalam HMM), Bangladesh. (Ini menyokong lagi pendapat saya bahawa Kota Palas itu bukan berada di Kedah atau Langkawi. Antara kemungkinan adalah negeri 'atas angin' lain atau di Changgung/Chittagong itu sendiri. WAllahua'lam)






Berbalik kepada cerita Hukum Islam itu, adakah penduduk Nusantara hidup dengan aman semasa menjalankan Hukum Allah SWT? Ikuti apa yang diceritakan oleh Oswalda Cabel, Kurator National Museum, Cawangan Sulu. Beliau adalah seorang Katolik.



Terjemahan pada minit 1:35; The hostility between Muslims and Christians that started in the crusade supposedly never ended. Spain brought it to the Philippines, when the entire country was still a Muslim territory.
Permusuhan antara penganut Islam dan penganut Kristian yang bermula pada masa peperangan salib, menurut jangkaannya, tidak berkesudahan. Sepanyol telah membawa permusuhan itu ke Filipina semasa seluruh negara itu pada masa tersebut di bawah naungan Islam.

Oswalda Cabel, Kurator National Museum, Cawangan Sulu berkata pada minit 1:43;
“About 200 years, more or less, before Magellan set foot here, they were happy people; the Philippinos….because the Philippines was an Islamic state as early as the 13th century. That is why we’ve got Raja Soliman, all these Raja-raja…these are Malaysian terms. The Philippines was an Islamic State. Now when Magellan came, in the manner that they came, oppressive, colonial, they disturb a happy people!”
“Lebih kurang 200 tahun sebelum Magellan menjejakkan kaki di Filipina, mereka adalah manusia yang hidup gembira, rakyat Filipina….kerana Filipina adalah sebuah Negara Islam seawal kurun ke 13. Itulah sebabnya kita mempunyai Raja Soliman, semua raja-raja…ini adalah istilah Malaysia. Filipina pernah menjadi sebuah Negara Islam. Apabila Magellan datang, cara mereka datang, penindasannya, penjajahannya, mereka telah mengganggu ketenteraman hidup manusia yang gembira ini!”
 
Terjemahan kemudiannya; According to Cabel, a Catholic, the spread of Christianity by the Spaniards effectively killed Islam in the Philippines. It was like a death sentence to our Muslim ancestors.
Menurut Cabel, yang beragama Kristian Katolik, perkembangan Kristian yang dilakukan oleh orang Sepanyol telah membunuh Islam di Filipina dengan berkesan sekali. Ia seperti hukuman mati kepada nenek moyang kita yang beragama Islam.

 Cabel berkata lagi “It was very, very clear; the instructions by the King of Spain to kill the Muslims and wipe them out.”
“Arahan yang diberi oleh Raja Sepanyol adalah sangat jelas iaitu bunuh orang Islam dan hapuskan mereka terus dari Filipina.”

Petikan dari Youtube bertajuk ‘The Phillipines forgotten history’ oleh Ahlussunnahmedia;
“The Phillipine Muslims have been fighting for their freedom for 490 years; the longest Jihad being fought
in the Muslim world.” – “Umat Islam di Filipina telah berperang selama 490 tahun; Jihad paling
lama dalam dunia Islam.”

Jelaslah di sini bahawa undang-undang Islam diterima dan diamalkan dengan baik di Nusantara suatu ketika dahulu. Penjajah Baratlah yang datang merosakkan segala keamanan di Nusantara ini.

Di bawah ini saya sertakan nama-nama Sultan bagi beberapa Negara dalam perbincangan kita hingga ke masa datangnya penjajah Barat.  Bagaimanapun masih banyak tarikh yang tidak begitu meyakinkan; hanya ditulis sebagai panduan.

Moga apa yang saya paparkan ini memberi manafaat kepada semua terutama pengkaji-pengkaji Islam Nusantara kerana masih banyak kajian perlu dibuat. Moga anda bersatu-padu, tidak kira di negara manapun anda berada, agar kerja-kerja dakwah dapat dipertingkatkan lagi. InsyaAllah.


Kepada sesiapa yang mengetahui akan cerita sebenar tentang apa-apa yang dipaparkan di pos ini,
sila ceritakan hal sebenar di ruangan komen. Kerjasama anda amat dialu-alukan demi mencari kebenaran.

         Raja Mrauk-u, 
         Arakan Bebas
       (Termasuk Chittagong)
            Sultan
               Kedah
              Sultan
               Aceh
             Sultan
           Melaka
        Kerajaan Namayan & Tondo, Luzon, Filipina
        Mong Saw Mon/ Narameikhla/ Solaiman Shah
       (1430-1434)
       S. Sulaiman Shah I
       (1373-1422)
        S. Alaiddin Mansur Syah
        (1354-1408)
        Parameswara (Raja Iskandar Shah) [dari SRA; kurun 13]
        (1400?-1414?)
         Lakan Gambang
         (1390?-1417?)
        Mong Khari/ Naranu Ali Khan
        (1434-1459)
       S. Ataullah Muhammad Shah
       (1422-1472)
        S. Mahmud II Alaiddin Djauhan Syah
        (1408-1465)                 
                                       Sultan Pidie
        S. Megat Iskandar Shah
        (1414?-1424?)
        Lakan Suko (Langkasuka?)
        (1417?-1430?)
        Ba Saw Pru/ Kalima Shah
        (1459-1482)
       S. Muhammad
       Jiwa Zainal Adilin I
       (1472-1506)
       S. Hussain Syah
       (1465-1480)
       Mhrja. Sulaiman Noer

        S. Muhammad Shah
        (1424?-1444?)
        Lakan Lontok
        (1430?-1450?)
        Mong Dawlya/ Maha   Mawkhu Shah
        (1482-1492)
       S. Mahmud Shah II
       (1506-1546)
       S. Alaiddin
       ‘Inayah Syah
       (1480-1490)
       M. Sjamsu Syah
       (menjadi Sultan Aceh)


        S. Abu Syahid 
        (1444?-1446?)
         Dayang Kaylangitan
       -Permaisuri Namayan &  Tondo
        (1450?-1515?)
        Ba Saw Nyo/ Mohammad  Shah
        (1492-1493)
       - Diteruskan hingga kini.
       S. A. Mudhaffar
       Syah
       (1490-1497)
       M. Malik
       Ma’roef  Syah
       (? – 1511)


        S. Muzaffar Shah
        (1446?-1456?)
        Rajah Salalila/Rajah Sulayman I                          - Raja Namayan & Maynila
        (1515?-1558?)
        Mong Ran Aung/ Noori Shah
        (1493-1494)
  
        S. A. Sjamsu Syah
       (1497-1511)

       S. Mansur Shah
        (1456-1477)
       Rajah Matanda/Rajah Sulayman II/ Raja Ache    – R. Namayan & Maynila
        (1558?-1571)
       Salingathu/ Sheikh Abdullah Shah
        (1494-1501)

       - Diteruskan hingga Sultan dibuang ke Ambon oleh Belanda pada tahun 1903.
       S. Alauddin Riayat Shah
        (1477-1488)
       Banaw Lakandula              - Raja Tondo & Sabag
       (1558?-1571)
       Mong Raza/ Ilias Shah
       (1501-1513)


      S. Mahmud Shah
        (1488-1511)
       -Kedatangan  Portugis
        Rajah Sulayman III                - Raja Tondo                           (1571-1585)
      -Diteruskan hingga Mrauk-U diperintah Raja  Buddha. Chittagong sudahpun berada di Bangladesh.



        Magat Salamat                      (1575-1587)
        -Kedatangan Sepanyol




29 comments:

  1. Assalamualaikum, Alhamdullilah dan terima-kasih kerana puan hajjah sudi meluangkan masa dan tenaga untuk mengkaji sejarah Islam nusantara.
    Semoga Allah subhanawataala mengurniakan kepada anda sekeluarga kelapangan dada dan minda untuk mengorek lagi sejarah bangsa kita yang digelapkan.
    Adakah Nusantara dulu sememangnya bersatu (kesinambungan Dinasti Sri Wijaya)dan di bawah pemerintahan seorang khlaifah dari arakan sehingga ke visayas?
    Adakah Sultan Sulaiman Kedah, Arakan, Aceh (seperti yang puan hajjah pernah usulkan dulu)dan Sulu merupakan Khalifah Islam di Nusantara?
    dengan tertegaknya Daulah Islamiyah di Nusantara sudah tentulah muslim di sini menggunakan matawang dinar dan dirham sama seperti Empayar Turki Uthmaniyah (saya ada terbaca novel tulisan orhan pamuk tentang bagaimana kerajaan Venice dulu yang suka memalsukan wang dinar emas dan perak, untuk dilambakkan di pasaran turki utmaniyah-negara jiran mereka yang kaya-raya)
    saya juga pernah terbaca, entah di mana, tentang [erihal simbol bulan sabit di bendera negeri-negeri melayu, merupakan perlambangan kepada apa yang saya suka labelkan sebagai loose abdicated towards Turki Utmaniyah sebagai pusat Daulah Islamiah.
    Apa pandangan puan hajjah?

    ReplyDelete
  2. mungkin ini boleh membantu..

    ttg sultan sulaiman
    http://farm6.static.flickr.com/5320/5891214285_8cc12a33ea.jpg

    http://www.siamese-heritage.org/jsspdf/1981/JSS_069_0m_Scrivener_SiameseBrassCannonInChelseaLondon.pdf

    http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/02/untold-history-meriam-siape-wei-di.html

    -esis

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam
    Dari penceritaan Silsilah Raja2 Aceh dan begitu juga U2 Kedah, nampak seperti mereka memang bersatu. Dengan sebab itu juga ada bahagian Undang2 Melaka yang sama dengan U2 Kedah. Tak mungkin ini semua terjadi tanpa sepakatan raja2 Nusantara.

    Pada pendapat saya mungkin Sultan Sulaiman Shah itu seorang Raja Besar di Nusantara tetapi mereka tetap mengikut arahan dari Khalifah Uthmaniah begitu juga K'jaan Mughal dan Suri di India. Mungkin sebab itu juga mereka menggunakan simbol bulan sabit dan bintang tersebut.

    Dikatakan Dinar pertama kali dibuat di Aceh...mereka yang terlibat dlm pembuatan Dinar sekarang lebih arif tentang hal ini.

    Anon 3/2/13, terima kasih atas maklumat yang diberi; menambah lagi keyakinan tentang Sultan Sulaiman Syah sebagai seorang Raja Besar di Nusantara. Belum baca semua lagi...Insyaa Allah bila ada kelapangan.

    Satu maklumat tambahan bg mengaitkan 'Kota Palas' dengan sebuah K'jaan di Benggala. Dalam peta ini K'jaan Pala ditulis 'Palas'
    http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/c/cc/Asia_900ad.jpg

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. bila membicara soal sejarah maka tarikh jangan ditinggal.pada bahagian belakang UUK tercatat tarikh bila UUK mula disalin drp naskhah resmi. Ia siap disalin pada Bulan Rabi'ul Awwal,222Hijrah, hari Selasa pada zaman Sayyida Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul 'Alam Badrul Munir. Ini bukan nama sebenar Sultan tetapi gelaran dan tahun 222H bersamaan 836M. Bagaimana pula surat drp pemerintah Srivijaya kepada Khalifah 'Umar bin Abdul 'Aziz?

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikumussalam
    Jika saudara teliti Pos Meneliti U2K & SRA 1, Rajah 1, selepas gelaran Sultan Badrul Munir ditulis 'bersemayam di Aceh'...menyebabkan saya bandingkan dengan Sultan2 Aceh. Pada pandangan saya, Dajalis (maaf jika agak kasar bunyinya, tapi dari kajian, saya dapati ini adalah perkataan paling tepat) telah memasukkan nama Sultan Badrul Munir untuk mengatakan U2K ditulis sekitar zamannya(1703-1726M). Dengan kehendak Allah SWT, tarikh 222H tak terhapus oleh mereka. Ya, memang benar ini adalah tarikh ia siap disalin pada awalnya iaitu semasa pemerintahan Raja-raja Syiah di tempat lain; bukan di Kedah. Saya mengesyaki tempat itu ialah di 'Kota Palas', Chittagong(Kuala Changgung dlm HMM) dan dibawa pulang ke Aceh; juga bukan ke Kedah kerana Raja Kedah belum Islam. Tarikh-tarikh lebih lewat yang ditulis di dalamnya adalah tarikh Raja-raja Sunnah Wal-Jamaah membetulkan undang2, menambah dan lain-lain atas persetujuan dari Khalifah Othmaniah.

    Apabila Dajalis tidak berjaya menyesatkan sebahagian besar umat Islam di Nusantara, mereka menyembunyikan salasilah keturunan raja-raja Nusantara dengan cara memutarbelit sejarah awal Islam bagi mengekalkan penganut Hindu & Buddha dalam kesesatan mereka. Sebab itu mereka kelihatan seperti sangat 'membantu' dalam penulisan sejarah di Nusantara. Jangan terperangkap dengan lakonan mereka itu.

    Contohnya apabila Muhammad Hassan (Tok Kerani) siap menggabungkan nama-nama kota dlm HMM dengan cerita Kedah Pra Raja-raja Parsi, Hendrick M.J Maier menganggap ia satu cubaan yang baik. Apa tidaknya; Muhammad Hassan telah dengan tidak sengaja 'memudakan' Kota-kota tersebut. Ini sesuai pula dengan penipuan mereka dalam Sulalat-us-Salatin dgn menambah perkataan 'Makadunia' pd Iskandar Zulkarnain menjadikannya Alexander the great!

    Surat Sri Indravarman menampakkan minatnya terhadap Islam tetapi masih tiada bukti kukuh raja ini memeluk Islam. Bagaimanapun awalan 'Sri' pada namanya dan pada Dapunta Hyang Sri Jayanasa mungkin bermaksud mereka adalah Raja di Tamaddun Sg Batu, Lembah Bujang(dkt P. Seri/G.Jerai). Jika benar, maka mereka mungkin memerintah Kedah antara zaman Raja Bersiong (Pra' Ong Maha Perita Daria) dan Sultan Muzaffar Shah yang memeluk Islam.
    WAllahua'lam.

    ReplyDelete
  6. Mengikut pengkaji dari Indonesia, kerajaan yg rajanya menukar drp Sunni kepad Syiah ialah Pasai-Samudera di Lokhsemawe dan kemudian Syariff Mekah telah menghantar jemaah ulamanya utk membetulkannya dan ini berlaku semasa zaman khilafah Abbasiah. Utk mengatakan UUK disalin dari kerajaan syiah pada tahun 222H/836M mustahil kerana kerajaan syiah pertama iaitu Fatimiyyah wujud pd 909M dan hudud mereka tidak sama dengan Sunni. Islam telah sampai ke Nusantara seawal 632M melalui para sahabat yg berada di Yaman. Sebelum Rasulullah s.a.w wafat, baginda telah mengutuskan Saidina Muaz sebagai mufti dan qadi ke Yaman dan sebelum itu pun beberapa jamaah sahabah telah ke sana. Para sahabah bersama tabi'in belayar kemudian singgah di Malabar, Kerala, Ceylon, Chittagong, Nusantara dan ke China.Saidina Malik bin Dinar meninggal di Malabar pd 734M. Bila Kompeni Belanda menyerang Acheh pada 1874-1945 banyak khazah yg dimusnahkan, istana dibakar. Perkara yg sama berlaku di istana maharaja china dan Mughal India. Adakah satu kebetulan?

    Berbalik kpd surat raja Srivijaya,di manakah tempatnya istana itu yg kandangnya boleh menempatkan 1000 gajah?Dia bukan shj menunjuk minat malah meminta Khalifah Umar 2 menghantar ulama utk dakwah dan taklim.

    Saya percaya naskah asal HMM, UUK masih disimpan di Eropah. Satu perkara yg penting iaitu tulisan jawi dan bahasa melayu.Walaupun berbagai suku bangsa dan bahasa, tetapi mereka menulis dlm tulisan jawi mengguna bahasa melayu yg standad. Bila Tok Kerani Hassan menulis nama Phra Ong, satu nama yg pelik dan suku bangsa yg menggunakan bahasa Melayu.Saya yg sebahagian keluarga bercakap Acheh,sebahagian lagi bercakap siam dan sebahagian bercakap thai pun merasa pelik dengan nama yg direkacipta bagi melengkapkan konspirasi penjajah

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana membantu dalam kajian ini. Saya tidak tahu langsung tentang K'jaan yg menukar dari Sunni ke Syiah. Pada pendapat saya, Syiah yg tiba ke Chittagong itu bukan dari K'jaan Fatimiyyah tetapi serpihan Syiah lain yg bergerak ke timur melalui utara India. Sungguh ramai pendakwah Sunni dari Yaman & Malabar yang terkorban di Chittagong. Kedatangan Saidina Muaz, Saidina Malik dll. sudah tentu dihidu Dajjalis dan semua itu sudah tentu bukan kebetulan.

    Saya merasakan tempat itu ialah Tamaddun Sg. Batu, Lembah Bujang yg ditemui arkeologis USM itu. Ini kerana tempat tersebut langsung tidak disebut dlm mana-mana buku sejarah Kedah...sgt disembunyikan. Tetapi nampaknya Sultan Muzaffar Syah telah meninggalkan 'bread crumb' kepada kita....kuburnya berada di sana! Allahu Akbar!

    Menurut orang Kemboja, perkataan 'Phreah' bermaksud sami buddha spt jugalah Sultan Sulaiman Shah dipanggil 'Mon' Saw Mon di Arakan. Mungkin ejaan jawinya ditambah sesuatu menjadi 'Phra Ong'. Contoh lain; Pulau Seri, ditambah Alif menjadi P.Serai. Papan tanda di atas G. Jerai masih menggunakan nama P.Serai itu.

    Setelah saya mendalami hal-hal Dajjalis ini, saya sedar HMM yang saya rasakan yang 'asal' ini tidaklah begitu 'asal' tetapi satu penyelidikan paling baik setakat ini dijalankan ke atasnya.

    ReplyDelete
  8. Sangat menarik perkara ini jika dikaji. Kerana yang paling penting adalah mengangkat kembali sejarah Islam pada tempat yang sewajarnya.

    Maka oleh itu saya memberikan pandangan.

    "Pada tahun 1199 H (1784 M), satu permuafakatan telah dibuat untuk menggubal beberapa peraturan kerana selama 30 tahun, tiada peraturan baru diterima. Ini bermakna ada sesuatu yang besar telah berlaku bermula sekitar tahun 1954 M (1784-30)."

    1. 1767 adalah kejatuhan Siam-Ayuthia akibat serangan Burma-Sukothai. Dan serangan itu bermula lebih awal bermakna itu adalah tahun perang.
    2. 1784 Syarif Syah berada di Ligor sebelum berundur ke Kota Mengkuang sebelum terbunuh 1821.

    3. Maka perkara besar pada tahun sebelum itu iaitu dalam lingkungan 30 tahun adalah peperangan dengan Sukhotai yang hanya lengkap penjajahannya pada tahun 1881.
    4. Saduran UUK hanya boleh berlaku bila keadaan aman kerana telah diperbuat perjanjian dengan Sukhotai yang tidak akan menyerang Tanah Melayu melintasi Segenting Kra pada tahun 1784

    TMP

    ReplyDelete
  9. "Sultan Badrul Munir untuk mengatakan U2K ditulis sekitar zamannya(1703-1726M). Dengan kehendak Allah SWT, tarikh 222H tak terhapus oleh mereka. Ya, memang benar ini adalah tarikh ia siap disalin pada awalnya iaitu semasa pemerintahan Raja-raja Syiah di tempat lain; bukan di Kedah. Saya mengesyaki tempat itu ialah di 'Kota Palas', Chittagong(Kuala Changgung dlm HMM) dan dibawa pulang ke Aceh; juga bukan ke Kedah kerana Raja Kedah belum Islam. Tarikh-tarikh lebih lewat yang ditulis di dalamnya adalah tarikh Raja-raja Sunnah Wal-Jamaah membetulkan undang2, menambah dan lain-lain atas persetujuan dari Khalifah Othmaniah."

    Pandangan saya, untuk mengatakan Raja-raja Kedah belum Islam pada 222H bermakna mengembalikan fahaman hindu buddha ke dalam sejarah Kedah semata-mata untuk menyesuaikan dengan sejarah 1136 yang diguna pakai oleh kebanyakkan sejarawan dajalis.

    Maka itu saya tidak setuju dengan pendapat itu dan akan berusaha selagi ada nyawa untuk tidak membenarkan kesesatan itu berlarutan.

    TMP

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kpd Anon March 9. Cuma saya harap boleh disertakan rujukan untuk maklumat2 itu supaya bukti2 ini menjadi lebih kukuh.

    Tentang 1136M, mata hati saya tetap menerima ini sebagai benar kerana jika dilihat hingga kini ia masih tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sendiri. Jika anda lihat Tamaddun Sungai Batu dalam google earth, anda juga akan dapati ianya seperti 'ditampal' dengan gambar lama. Jalan Merbok - Semeling yang lebar itu tidak kelihatan. Ini adalah antara tanda-tanda kerja Dajjalis.

    Selain itu, terdapat pula ulama' yang bernama Syeikh Abdullah al-Qumairi bertepatan dengan Syeikh Abdullah yang dimaksudkan dalam HMM. Cuma cara beliau ke sini disembunyikan Dajjalis dgn didongengkan kononnya ikut penghulu syaitan.

    Boleh baca tentang ini di blog ulama nusantara;
    http://ulama-nusantara.blogspot.com/2007/05/syeikh-abdullah-al-qumairi-ulama-dan.html

    Tidaklah menjadi kesalahan untuk percaya bahawa nenek moyang kita mungkin pernah suatu ketika dahulu terpesong dari agama Allah. Berbanggalah dengan mereka kerana telah dengan sebulat hati menerima Islam dan kini kita dilahirkan sebagai umat Islam. Mereka telah berkorban nyawa(ramai yang syahid berperang sesama saudara) dan harta untuk berada dalam agama Islam yang diturunkan kepada kita ini.

    Bagaimanapun di Sg. Batu, setakat ini tidak banyak bukti yang menunjukkan mereka beragama Hindu-Buddha; mungkin agama tauhid lain. Bentuk2 bangunan sangat berbeza dari tempat2 Hindu Buddha lain. WAllahua'lam.

    ReplyDelete
  11. australia-sepatutnya-wilayah-melayu


    http://sukaatiaku.blogspot.com/2013/04/australia-sepatutnya-wilayah-melayu.html

    ReplyDelete
  12. Sultan Kedah Pertama memeluk Islam ialah Raja Ong Mahawangsa yang bergelar sultan Muzarfar Shah yang bersemayang di Kota Bukit Meriam,Kuala Muda,Kedah pada tahun 1136 Masehitahun 531 hijrah.selepaqs itu sultan Mahmud Shah 1(1280 -1321)Selepas itu sultan Ibrahim(1321 -1373)selepas itu sutan sulaiman Shah(1373 -1422) Selepas itu Sultan Ata Allah Muhamad syah(1422 -1472) selepas itu sultan Muhamad Jiwa zainal abidin(1472 -1506) selepa itu sultan Mahmud syah 2 (1506 -1546)selepai sultan Muzafar Shah(1546 -1602) semuanya bersemayam di Kota siPutih(sekarang Kampong si Puteh,Padang Sera,Kedah,malaysia)selepas itu Sultan Sulaiman Shah(1602 - 1619.)Tahun 1619 acheh menyerang kedah dan menawan kedah dan membawa tawanan orang kedah seramai 7000 0rang termasuk sultan sulaiman dan mangkat di Acheh di acheh dan di makamkan di Kota si putih.selepas itu Sultan Rijaluddin Muhamad Syah menjdi sultan kedah (1619 hingga 1652)Bersemayam di Kota Naga,Jitra kedah malaysia.selepas itu Sultan Muhyidin mansur shah(1652 -hingga sultan genasi sultan sekarang,2013)
    dari Saya Idris Bin Hasim,Sungai Petani,Kedah.6016-3436343

    ReplyDelete
  13. Terima kasih Anon April 9. Blog yang berinformasi. Insya Allah saya masukkan dalam senarai blog2 menarik di sini.

    Terima kasih juga kepada saudara Idris...nampak spt selari dgn penelitian saya di sini. Cuma, hingga sekarang, saya masih kurang pasti tentang peristiwa Aceh menyerang Kedah. Tidak ada rekod tentang hal ini dlm sejarah Aceh. Begitu juga dgn penceritaan mulut ke mulut dari orang Kedah sendiri. Mereka hanya mengetahui tentang serangan Sukhotai & Burma.

    Besar kemungkinan ia hanya putar belit penjajah atau sekutunya untuk menimbulkan rasa kebencian orang Kedah terhadap Aceh. Dengan cara itu, hubungan baik antara kedua-dua pendokong Islam kuat di Nusantara ketika itu dapat diputuskan. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  14. Saya telah mendapat sedikit pencerahan tentang serangan Aceh di Kedah dari buku Kota-Kota Melayu oleh Abdul Halim Nasir, DBP. hlm 130.
    Pada 1619, angkatan perang Aceh dipimpin oleh Sultan Iskandar Mahkota Alam menyerang Kedah dan MENGHALAU PORTUGIS DARI KOTA KUALA KEDAH. Kota tersebut dibuat untuk kegunaan Sultan Kedah, Sultan Sulaiman, tetapi orang Portugis mendudukinya atas arahan pemerintah Portugis di Melaka!

    Dari artikel di bawah pula;
    http://www.ukm.my/nun/Artikel%20EDITED%20OK%20(PDF)/24%20192-196%20Farid%20&%20Hafiz.pdf
    pada hlm. 194, dikatakan ;
    Pada tahun 1600, Khalifah Uthmaniah telah meminta Sultan Muzaffar Shah menerima Sharif Aznan, seorang ulama' besar dari Hijjaz, sebagai wakil peribadi sultan. Sharif Aznanlah yang bertanggungjawab MENANGKIS FAHAMAN SYIAH DARI TERUS BERKEMBANG DI KEDAH!
    Beliau juga yang menasihat Sultan Sulaiman supaya TIDAK TERLIBAT DENGAN PEPERANGAN supaya tidak ada pertumpahan darah sesama Islam. Kedah menyerah dan seramai 7000 orang Kedah termasuk Sultan Sulaiman dan Sharif Aznan sendiri dibawa ke Aceh.

    Jika benarlah mereka dibawa ke sana, apakah tujuannya? Membetulkan akidah mereka yang mungkin cuba dipesongkan oleh Syiah? Di manakah keturunan mereka ini? GAM? Tenggelam oleh Tsunami? Wallahua'lam.
    Jika masih di Aceh, mengapa tiada orang Aceh yang mengetahui tentang hal ini? Sebaliknya ramai keturunan Aceh berada di sekitar Gunung Jerai, di Pattani malah terdapat jalan di P.Pinang dinamakan Lebuh Aceh!

    ReplyDelete
  15. Ayuthia itu memang syiah memang tidak dapat disangkal lagi. Kejatuhan khalifah abbasiah adalah kerna monggol hulagu khan telah di pengaruhi syeikh tusi dan al aqami yang berniat menjatuhkan kerajaan sunna abasiah yang memang pada ketika sedang dikuasai oleh syiah hasasin, dngn kehadiran monggol usaha itu menjadi lebih mudah. kehadiran monngol menjahanamkan semua tidak kira siapa termasuklah syiah hasasin mahupun kalifah. syeikh tusi mengambil peluang ini bertakiya untuk berada disamping monggol, monggol datang dengan kalimah Allah kerana syiah juga menggunakan kalimah Allah yang sama. boleh lah dikatakan monggol ini ada dipengaruhi syiah apabila mereka memeluk agama itu.

    keturunan mughal yang dikatakan berada di ayyuthia bukanlah ahlul bait yang sebenar jika mereka ini berasal dari monggol, sheikh qumi yang dikatakan sultan mudzafar syah atau rama tibodi di ayuthia juga seorang syiah bukan ahlul bait sebenar.

    bolehlah dikatakan sultan badrul alam badrul munir di aceh pada tahun 1703 itu bukan keturunan merong mahawangsa kerana keturunan merong mahawangsa telah pun terputus bila bersemenda dengan raja monggol, nama yang nama nya disebut berada pada tahun 222hijrah dalam uuk itu sebenarnya telah diubah oleh tangan2 ghaib.

    kisah sultan badrul alam badrul munir aceh ini ada tercatat dalam sejarah melayu batu bara pada tahun 1703.

    uuk adalah sebuah uundang-undang yang telah pun diragui kesahihannya bila sultan badrul alam badrul munir ini diletak pada tahun 222 hijrah. disitu sudah terdapat keraguan yang munasabah.

    peperangan musuh bisik 1821 mungking adala perang 3 penjuru diantara syiah vs buddha vs ulama sunnah yang tidak berpehak.

    kemungkinan jadi nama syarif yang diletak didalam UUK itu adalah syarif aznan dan bukan syarif syah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

    serangan syiah tidak pernah pudar maka UUK ini perlu dikaji semula kesasihannya boleh jadi ia nya ditulis semula demi kepentingan pehak-pehak y tertentu.

    UUK bukan al quran yang terpelihara...UUK boleh jadi undang-undang Keluarga daud?

    wallohuaklam

    ReplyDelete
  16. setelah melihatkan keterlibatan syiah di ayuthia maka sebab itulah terdapat peperangan diantara Melaka dan Siam pada satu ketika dahulu. dan pada 1511 itu angkatan portugis adalah dibawah arahan Siam Syiah. kerana itu portugis melaporkan kejayaan mengalahkan Melaka kepada raja Siam. sekarang baru nampak sebab musabab lain penentangan Melaka terhadap Siam. mungkin penentangan fahaman sunni dan syiah.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih Anon 26 Jun kerana sudi menyumbang beberapa maklumat penting di sini. Ya, Syiah banyak terlibat dalam memporak-perandakan keamanan Ahlus Sunnah di Nusantara tetapi kurang diketahui umum kerana mereka sempat menukar/mengubah berbagai fakta dalam Hikayat2 Melayu termasuk UUK.

    Saya mohon saudara Anon berikan Rujukan tentang keterlibatan Syiah di Ayuthia. Saya tidak mempunyai apa-apa rujukan tentang hal itu malah tentang apa2 kejadian di Ayuthia. Harap Anon dapat membantu saya. Walaupun saya hanya mampu membaca B. Melayu & Inggeris, saya akan usaha untuk memahami buku2 rujukan dalam bahasa lain jika ianya sangat penting. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Salam, admin HMM, bila agaknya buku hasil kajian anda akan keluar di pasaran?

    ReplyDelete
  19. Wa'alaikumussalam.
    Sebenarnya masih ada beberapa data lagi yang saya rasakan belum lengkap.
    Minggu lepas saya ke Aceh untuk mencari makam2 yang 'hilang'. Selepas Tsunami, banyak makam2 yang sudah tenggelam dalam laut...antaranya makam Sultan Perak.
    Setelah dipastikan oleh seorang tua bergelar Syed di sana, alhamdulillah, kami menjumpai makam Sultan Sulaiman Noer/Shah serta anak2nya di atas sebuah bukit...fotonya akan dimasukkan dalam buku nanti.

    Saya menjangkakan paling awal buku ini berada di pasaran pertengahan tahun depan Insyaa Allah.

    ReplyDelete
  20. ada satu ulasan menarik tentang Merong Mahawangsa sebagai orang greek:

    http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.sg/2013/09/untold-history-lost-greeks-civilization.html

    ReplyDelete
  21. Yang dikatakan orang Greek itu ialah 'anak Raja Rum'; bukan Merong Mahawangsa. Raja Merong ialah Raja yang membawa anak Raja Rum ini ke China untuk dikahwinkan dengan anak Raja China.

    Sesuatu untuk renungan....cerita tentang anak Raja Rum/ anak Raja China ini adalah sebahagian besar dari cerita HMM. Boleh dikatakan 'hero' dan 'heroine' cerita. Jadi, mana mungkin 'Fakir' tidak tahu nama 'anak Raja Rum' dan 'anak Raja China' sedangkan beliau tahu nama watak2 kurang menyerlah, nama senjata2 dll. ...tidak ada logiknya di situ. :)

    ReplyDelete
  22. Bismillah ... Assalam puan hajjah
    Xtersengaja smlm saya search bahasa sanskrit dan termasuk dln blog puan ... tanpa saya sedari telah membaca kesemua penulisan puan... terlalu byk saya pelajari dgn segala fakta yg dikemukan mengenai sejarah melayu.. mungkin ada sbb saya sakit tulang belakang harini buatkn saya xlekang membaca... saya doakan puan dpt menghabiskn penulisan puan dan saya harap saya berkesempatan membaca buku yg puan... insyallah :)

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum Puan Hajah,
    Alhamdulillah dalam pengisian blog Puan Hajjjah banyak membantu saya...maafkan saya kerana berbicara dahulu sebelum memperkenalkan diri saya, saya Azmim Binti Othman, pelajar sarjana jurusan Sejarah seni dan pengurusan Kebudayaan UiTM Shah Alam. Saya sedang mengkaji tentang asal usul Acheh di Yan Besar Kedah....perkara yang ingin saya fokuskan ialah sejarah, budaya, dan seni dan kraft tangan Acheh. Saya bersyukur dalam penulisan puan Hajjah banyak membantu saya. Terima Kasih kerana berkongsi ilmu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali kerana sudi membaca blog saya yang tak seberapa ini. Sayapun tak menyangka ia dapat membantu pelajar sarjana seperti saudari Azmim. Alhamdulillah

      Delete
  24. hebat betul kajian dan penulisan puan. saya sangat2 kagum dan bertuah dapat membaca blog ini. semoga sukses selalu ya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. :)
      Sebenarnya saya selalu juga ke blog saudara; Melayu Nusantara...antara blog yang saya rasakan menarik dan jadikan bahan bacaan. Semoga sukses kepada saudara juga.
      Bagaimanapun, saya amat berharap saudara dapat membaca buku saya kelak. In syaa Allah saudara akan lebih memahami mengapa saya berbeza pendapat dengan kebanyakan pengkaji sejarah dan berbagai teori lain tentang Nusantara.

      Delete
    2. salam puan hajjah. saya da satu soalan mengenai kerturunan raja2 awal acheh perlak. puan ada menyebut ttg 4 beradik yang datang dari negara siam. siam yg dimaksudkan disini adakah seperti siam sekarang atau yg dimaksudkan adalah negara2 indochina dan tanah besar asia tenggara. dan adakah mereka ini benar2 mon-khmer atau melayu champa sebb dari keturunan mereka banyak menggunakan gelaran Pho atau pu yg memang berasal dari champa. jadi adakah kemungkinan bahawa mereka ini yg dikatakan sebagai melayu segenting kra atau melayu funan yg pernah menguasai kerajaan funan dan champa suatu ketika dahulu sebelum diislamkan? ini kerana bahasa mereka banyak pengaruh melayu dan bahasa Acheh memnag dikatakan oleh ahli linguistik sebagai serumpun dengan bahasa champa. Apa pendapat puan. adakah mereka mon khmer atau melayu tanah besar?

      Delete
    3. Jika kita teliti HMM, dikatakan ada keturunan Merong Mahawangsa yang membuka Siam. Pada pendapat saya sebutan 'Cham' (Urang Champa) itu sebenarnya adalah 'Siam' yang dimaksudkan dalam HMM tetapi mengikut loghat lidah mereka di sana. Oleh itu, raja-raja mereka juga adalah keturunan Raja Merong. Oleh kerana jarak yang jauh dan interaksi/ kahwin campur dengan bangsa2 lain yang seagama dsb. menyebabkan bahasa dan rupa mereka tidak seperti Melayu di Semenanjung lagi.
      Besar kemungkinan mereka itu datang membuka Acheh sekitar Kerajaan Funan kerana K'jaan tersebut sampai ke Utara Semenanjung. Apabila K'jaan Funan musnah, mereka yang masih tinggal di Segenting Kra itulah yang dipanggil Siam. Sekali lagi perkahwinan campur seagama menyebabkan terbentuknya Melayu Siam Islam yang bercakap Bahasa Melayu dan Siam Thai Buddha yang bercakap Bahasa Thai.

      Seperkara lagi, HMM menyebut tentang anak Raja Merong akan dikahwinkan dgn samada anak Raja Acheh atau anak Raja Kelinggi (ada tersasul keluar perkataan Burma) tetapi tidak menyatakan pilihan sebenar. Ini sudah tentu kerja tangan2 jahat yg mahu menyembunyikan sesuatu. Jika kita fikir secara logik, tidak mungkin Aceh sb pd ketika itu Aceh belum wujud lagi. Saya berpendapat anak Raja Merong berkahwin dgn anak Raja di Burma dari suku Mon (mungkin ini yg cuba disembunyikan?) Jika ini benar, keturunan Raja Merong yg dihantar membuka Pattani, Siam (Cham) dan Perak itu mempunyai darah keturunan Mon (sebelah ibu).

      Jadi tidaklah boleh kita mengasingkan keturunan mereka ini kepada Mon Khmer atau Melayu Tanah Besar kerana mereka adalah campuran dari kedua-duanya walaupun bahasa berlainan.

      Contohnya jika seorang Cina memeluk Islam dan berkahwin dengan Melayu, besar kemungkinan cucunya sudah tidak tahu berbahasa Cina dan hanya mengguna Bahasa Melayu. Ini tidak bermakna cucunya tiada darah keturunan Cina.

      Ini hanya pendapat saya; mungkin benar dan mungkin tidak. Wallahua'lam.

      Delete