Bismillah
Sekarang kita lihat pula halaman-halaman
SRA yang berkaitan Raja-raja Malaya.
![]() |
| Rajah 1; SRA halaman 8 |
Dari halaman ini, kita ketahui bahawa;
1. Parameswara Iskandar Shah (Sultan Muhammad Shah) telahpun menganut agama Islam ketika
datang membuka Melaka.
2. Jika dibandingkan tarikh-tarikh yang terdapat di Halaman 8 SRA ini, peristiwa Parameswara Iskandar
Shah membuka Melaka terjadi sekitar pertengahan kurun ke 13, BUKAN awal kurun ke-15.
3. Catitan (Parameswara sebelum Majapahit) adalah benar kerana Kerajaan Majapahit hanya
muncul pada tahun 1293 M.
SRA juga menceritakan tentang kedatangan
Portugis/ Peringgi;
| Rajah 2; SRA halaman 39 |
Raja-raja Nusantara sudah sedar tentang bahaya musuh terbaru mereka ketika itu iaitu kafir Portugis yang telah berada di India. Kerajaan Aceh memberi bantuan kepada Kerajaan Melaka apabila Melaka
diserang oleh Portugis. Kejadian ini berlaku semasa Sultan Aceh yang ke-11, yang seterusnya diputarbelitkan sebagai Sultan Aceh yang
pertama!
![]() |
| Rajah 3; SRA halaman 40 |
Sultan Ali Mughayah Shah juga telah menang dalam perang melawan Portugis sebanyak tiga
kali.
![]() |
| Rajah 4; SRA halaman 41 |
Perjuangan
Sultan Ali Mughayah Shah menentang Portugis disambung oleh salah seorang
anaknya, Sultan Alaiddin Ri’ayah Shah II
Abdil Qahar dengan mengusir Portugis yang mendarat di Udjung Sudeuun. Sebelum itu, Sultan Alaiddin Ri’ayah Shah II Abdil Qahar telah mengembalikan Putera Mahkota kepada Sultan
Mahmud Melaka (mangkat di Kampar), bernama
Alauddin, pulang membangunkan
Kerajaan Johor pada 938 H (1533 M*). Bagaimanapun
dalam Sulalat-us-Salatin versi Raffles, Sultan
Alauddin Riayah Shah dikatakan membuka Johor pada 1528 M.
*Menurut Hijri to Gregorian
converter www.islamicfinder.org, awal 938 H;1531 M, akhir 938 H;
1532 M.
![]() |
| Rajah 5; SRA halaman 42 |
Halaman
42 menceritakan juga bahawa Sultan
Alaiddin Ri’ayah Shah II Abdil Qahar ini telah menjalinkan hubungan semula
dengan Raja China dan Sultan Shershah(1540-1545 M), India.
Sultan
SherShah Suri@Farid Khan@Sher Khan (The Lion King) ialah Sultan Dinasti Sur
(berfahaman Ahlussunah), berbangsa Pashtun (Pathan) dari Afghanistan yang
mengalahkan Humayun iaitu Maharaja Empayar Mughal ke-2 dalam
peperangan Chausa dan Kanauj. Ini menyebabkan
Humayun terpaksa hidup dalam buangan selama 12 tahun. Humayun yang pada asalnya
berfahaman Sunnah menukar ke fahaman
Syiah semata-mata untuk meminta
bantuan Raja
Iran dari Empayar Safawid (Syiah). Akhirnya pada tahun 1555 M, Humayun berjaya memerintah semula Kerajaan Mughal.
Ketika itu, Chittagong (Kuala Changgong dalam HMM) masih berada di bawah Negara Arakan bebas. Pemerintah Kerajaan Islam Mrauk-u di Arakan ketika itu ialah Zabuk Shah@ Mun Pa Gri@Mun Bun@Min Bin (1531-1553M). Maka jelaslah bahawa Arakan ialah salah satu ‘Negeri Atas Angin’ yang dimaksudkan tetapi telah dipadamkan dari semua sejarah Nusantara!
Jika
kita teliti Hikayat-hikayat Melayu, kita akan sedar hampir kesemua
Hikayat-hikayat ini tidak menyatakan nama Raja China (seperti dalam SRA halaman 42 itu). Ini
termasuk HMM yang hanya menulis 2
watak terpentingnya sebagai ‘anak Raja Rum’ dan ‘anak Raja China’.
Dalam
UUK pula, di Bab 1, Undang-undang
pelabuhan, hanya disebut tentang kapal yang datang dari Gujerat
dan Kalinga
sahaja. Mustahil tidak ada kapal dari China kerana
pelabuhan Kedah adalah pelabuhan
entrepot yang menghubungkan negara-negara barat dan timur pada zaman dahulu. Buktinya, terdapat banyak seramik China dijumpai di Pengkalan Bujang, Kedah. Maklumat tentang China adalah antara
perkara-perkara yang dipadamkan dari sejarah
Melayu.
Namun
begitu, terdapat beberapa cerita tentang bangsa
China yang terdapat dalam SRA;
1.
Halaman
30; Kejadian yang berlaku sejurus sebelum bermulanya tahun Hijrah; pasukan laut
China dipimpin oleh Liang Khi telah
menguasai Indra Jaya (Bandar Panton Bie
dipanggil Kantoli)-Kerajaan Seudu. Maharaja Indra Jaya membuka Indra Jaya
baru tetapi telah diserang beberapa abad kemudian oleh Panglima “O’nga”. Antara
nama-nama tempat di Indra Jaya yang masih kekal dengan nama keturunan Liang Khi
ialah seperti Lho’ Krueng Puengkie, Looh
Mon Tulieng ( Lembah dari sumur
Datuk Lieng) dan Kuala Unga.
2.
Halaman
35: Cerita tentang Puteri Nian Nio Liang Khi (Puteri Neng), dari Dinasti Liang Khi yang memeluk Islam
setelah melihat kesaktian (sihirnya)
dapat dilemahkan oleh Pasukan Syiyah
Hudan. Umat Hindu/Buddha yang
melihat ketangkasan umat Islam itu serta Maharaja
Indra Sakti juga telah memeluk Islam. Akhirnya Puteri Neng menjadi isteri
kedua kepada Meurah Johan dan seluruh penduduk Indra Purba dan Indra Purwa memeluk Islam. Selepas 25 tahun Maharaja Indra Sakti mangkat, Meurah Johan menjadi Sultan pertama
Kerajaan Darussalam dengan gelaran Sultan Alauddin Djauhan Shah yang
memerintah dari 1205
M-1234 M. Sultan kedua pula, Sultan Alaiddin Ahmad Shah telah
merebut kembali Kerajaan Seudu dari Raja
China Dinasti Liang.
Bagaimanapun, terdapat satu sejarah bangsa China yang nyata dipadam
dari SRA. Di
hadapan Muzium Aceh di Bandar Aceh,
terdapat satu Loceng besar yang
dinamakan Cakra Donya (Cakra Dunia). Loceng ini dipercayai sebagai pemberian Raja
China kepada Raja Pasai (Samudra/Pase) pada Kurun ke-15 yang dihantar oleh Laksamana Cheng Ho (Hj Mahmud Shams). Beliau dari etnik Hui yang berasal dari Yunnan. Laksamana Cheng Ho telah singgah
di Sumatra (Samudra Barat) pada hampir setiap pelayarannya yang lebih dari 7
kali. Beliau menggunakan kapal harta Empayar Ming yang sangat besar berbanding
kapal Columbus yang digahkan seluruh dunia itu.*
*dari http://id.wikipedia.org/wiki/Cheng_ho 14/1/2013
![]() |
| Rajah 7; Loceng Chakra Donya, Laksamana Cheng Ho dan Kapalnya |
![]() |
| Rajah 8; SRA halaman 43 |
![]() |
| Rajah 9; Sultan Sulaiman al-Qanuni |
Sultan Sulaiman Chan ini lebih
dikenali sebagai Sultan Sulaiman
1
@Muhtesem (The magnificent)@ Kanuni (The lawgiver).
Pada
tahun 1564 M,
dengan bantuan dari Khalifah Uthmaniah
ini, Sultan Ri’ayah Shah II
telah dapat menguasai
semula seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Kota
Melaka.
(Perlu ditekankan di sini, ‘menguasai’ yang dimaksudkan itu ialah Semenanjung Malaysia diperintah semula oleh Islam. Pada zaman dahulu, umat Islam
bersatu-padu menentang kafir penjajah di Nusantara. Minda mereka tidak terbatas oleh ‘batasan sempadan’ seperti kehidupan kita yang lemah
sekarang ini.)
Kita
juga dapat perhatikan pengaruh Empayar Mughal (sebelum Humayun) sangat kuat di
Aceh sehingga Sultan Ri’ayah Shah II
menamakan anaknya Sultan Mughal Seri Alam Periaman
Shah. Walau bagaimanapun, baginda hanya memerintah selama 20 hari sahaja kerana dibunuh. Secara
rasminya, nama sultan ini diterima sebagai
Sultan Seri Alam; tanpa
‘Mughal’.
![]() |
| Rajah 10; SRA halaman 44 |
Dari
halaman 44 (Rajah 10) pula kita dapati Sultan Aceh ke-18 ialah anak Sultan Ahmad Perak (Malaya)
iaitu Sultan
Alaiddin Mansur Shah. Terjadi
pertikaian ketika pemerintahannya antara
golongan Ahlussunnah dan golongan Wujudiyyah. Fitnah yang dilemparkan kakitangan Portugis yang dipelopori golongan Wujudiyyah ini telah merenggangkan
hubungan baik antara Aceh dan Malaya. Baginda
mangkat dalam peristiwa ini iaitu pada tahun
1587 M. Fitnah golongan Wujudiyyah ini
juga telah menyebabkan Sultan Aceh seterusnya, Sultan Meugat Boejang dibunuh pada 1589 M.
![]() |
| Rajah 11; SRA halaman 45 |
Dari SRA halaman 45 kita ketahui putera
kepada Sultan Ri’ayah Shah IV Saidil-Mukammil, yang bergelar Maharaja Diraja pernah menjadi Raja Muda di Johor (wakil Aceh).
Baginda berkahwin dengan seorang berketurunan Daeng (Bugis) dan mempunyai
seorang putera diberi nama Maharaja
Laila Mansur Shah. Apabila ayahandanya mangkat di Johor, baginda pulang ke Aceh dan datuknya
menempatkannya di Reubee lalu
digelar “Teungku Tchik di Reubee”.
Sultan Iskandar Muda yang masyhur di seluruh Nusantara itu ialah Sultan Aceh yang ke-22 dengan gelaran 'Derma Wangsa Perkasa Alam Shah'.
![]() |
| Rajah 12; SRA halaman 46 |
Sultan Aceh yang ke-23, Sultan Mughayah Shah Iskandar Tsany (1636-1641 M), ialah anak Sultan Ahmad, negeri Perak. Baginda ialah
menantu kepada Sultan Aceh ke-22, Sultan Iskandar Muda iaitu suami kepada Puteri Shafiyatuddin.
Setelah Baginda mangkat, permaisuri beginda iaitu Puteri Shafiyatuddin menjadi Sultan
Aceh ke-24 dengan gelaran Sultanah
Seri Ratu Tadjul’alam Shafiyatuddin
Johan Berdaulat.
Pada
zaman Sultanah ini, Belanda sudahpun
menguasai Kota Melaka. Walaupun Belanda
adalah penganut Kristian seperti Portugis tetapi mereka adalah berfahaman Protestan manakala Portugis berfahaman Katolik. Terdapat juga Perang salib di Eropah yang berlaku antara Kerajaan Kristian Katolik dan
Kerajaan Kristian Protestan. Maka, ketiadaan
toleransi di antara mereka itu dibawa
hingga ke Nusantara.
Sultanah
ini juga berdepan masalah penganut fahaman Wujudiyyah yang menentang
pemerintahannya. Penganut fahaman ini juga banyak membantu penjajah dalam usaha mereka memadam dan memutarbelit sejarah Nusantara melalui buku-buku.
Dimasa
pemerintahan Sultan Iskandar Tsany dan
Sultanah Shafiyatuddin ini, Tun Seri Lanang bertindak sebagai
penasihat dengan gelaran Orang Kaya
Dato’ Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.
Beliau sangat baik dengan Syeikh Nuruddin
ar-Raniri. Di Johor beliau dikenali sebagai ‘Dato’ yang ke Aceh’. Tun Seri Lanang inilah juga yang sekarang ini diterima sebagai
Fakir, penulis
asal Sulalat-us-Salatin sedangkan
di permulaan Sulalat-us-Salatin perkataan ‘perbaiki’
jelas telah digunakan. Lihat ayat tersebut;
Maka
berkata ia kepada fakir, “Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa orang dari Goa;
barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya,
supaya diketahui oleh segala anak-cucu kita yang kemudian daripada kita, dan
boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia
daripadanya”
Beliau
disuruh ‘perbaiki’ Hikayat Melayu, tentulah kerana ia
sudah rosak atau
dirosakkan.
Tun Seri Lanang
hidup sekitar tahun 1565 M-1659 M
iaitu zaman peralihan pemerintahan dari Portugis
ke Belanda di Melaka. Apa yang diperbaiki
Tun Seri Lanang berdepan pula dengan satu lagi pemerintahan kafir; Penjajah British
bermula pada tahun 1824 M, 165 tahun selepas kematiannya.
Akhirnya
kita dapati ‘Salasilah
Sultan-sultan’, maksud sebenar kepada ‘Sulalat-us-Salatin’, telah
didongengkan dengan memasukkan
cerita-cerita rakyat ke dalamnya dan diubah maksudnya menjadi Hikayat Melayu atau Sejarah Melayu. Kini Melayu sudahpun tidak dapat membezakan antara sejarah
dan dongeng dalam Sulalat-us-Salatin selain terdapat juga sejarah yang
dipadam dan sebagainya.
Setakat
ini kesimpulan yang dapat dibuat ialah suatu ketika dahulu penduduk Nusantara,
tidak kira apa bangsa sekalipun, telah bersatu padu demi menegakkan agama Islam aliran
Ahlussunnah Wal-Jamaah. Raja-raja, tidak kira dari mana sekalipun, telah
berusaha menjadi pemimpin kepada umat Islam dengan adil. Jika terdapat Raja
yang munafik, mereka berperang dan ditukar kepada Raja lain walaupun mereka terpaksa berperang dengan saudara mereka sendiri. Pergolakan yang
terjadi antara mereka hanyalah atas
sebab yang sama. Jadi, tidak benarlah jika mereka dilabel sebagai lanun.
Melabel
orang Nusantara yang cekap belayar
pada masa dahulu sebagai ‘lanun’
adalah sama dengan umat Islam sekarang ini dilabel sebagai ‘pengganas’. Ianya hanya untuk memberi pandangan negatif dunia terhadap umat Islam.
Shah
Rukh Khan pernah membuat sebuah filem berjodol ‘My name is Khan’ untuk menangkis pandangan negatif tentang Islam
dengan ucapan, “My name is Khan and I’M NOT A TERRORIST!”
Kini
tibalah masanya umat Islam Nusantara berkata, “We are the Muslims of the East and OUR
ANCESTORS WERE NOT PIRATES!”
Bersambung
di; http://hmm-asal.blogspot.com/2013/01/meneliti-undang-undang-kedah-dan_1498.html
Kepada sesiapa yang mengetahui akan cerita sebenar tentang apa-apa yang dipaparkan dipos ini,
sila ceritakan hal sebenar itu pada komen yang akan dibuka di pos terakhir Meneliti UUK dan SRA.
Kerjasama anda amat dialu-alukan demi mencari kebenaran.
Komen dibuka di pos; Meneliti UUK & SRA III
Komen dibuka di pos; Meneliti UUK & SRA III
.jpg)
.jpg)
.png)
.jpg)

.png)
.jpg)



.jpg)